Saturday, February 27, 2010

Cuace bahang sampai kena bukak baju.


Semenjak dua menjak ni, Malaysia ni dah jadi macam afrika pulak..panas membahang. Bukan panas berangin macam kat Sydney. Aku taw la walaupun tak pernah pergi dua tempat tu. To all Malaysian yang rase cuace sangat bahang. Mari buat ini. Sebab kalau same-same buat, mesti Malaysia jadi panas tak berapa nak bahang. Perkara yang boleh kurangkan pemanasan global:
1)      Conserve Water. Tutup paip bile berus gigi. Ala, ni dah biase dengar kan. Cuba buat ni. Mandi shower dalam besen. Pastu air mandian yang tertadah kat besen tu bleh guna buat siram pokok. Jangan buat air minum pulak. Eeeuw..geli-geli.

2)     Kurangkan Memandu dan pandu bila perlu. Tahu tak asap yang keluar dari ekzos kereta korang tu boleh sebabkan global warming? Mestilah korang tahu sebab kat skolah ada belaja sains. Kat blok asrama aku ni dulu dua tiga orang je bawak kereta, sekarang nak parking pon dah takde tempat. Pandu bila perlu. Aku pergi kuliah tumpang motor member je. Kereta guna bila dah bangun lambat dan takde motor yang boleh tumpangkan aku.


3)     Tanam pokok. Jom tanam pokok cili kat belakang blok asrama. Boleh buat ulam.

4)     Jimatkan penggunaan elektrik. Nak tido, tutup la lampu. Buat pe membazir. Nak keluar pon turn off semua elektrik. Another way nak jimat pakai mentol yang save energy tu. Ape ntah namanya..


5)     Recycle. Buang sampah tu kat recycle bin. Sampah yang boleh dikitar semula sahaja seperti kertas, tin minuman, plastic, kaca dll. Jangan pulak kulit pisang pun kau campak masuk tong sampah untuk kaca.

 
( recycle jadi macam ni pon akeh gak)

6)     Kongsi tips-tips diatas ni dengan semua orang. Selain daripada buat pahala share ilmu, boleh la same-same buatkan Malaysia ni jadi sejuk panas berangin tak berapa nak bahang. Sekian.

p/s: banyak lagi tips tapi yang lain tu tak praktikal macam guna tenaga biomass. Mane nak cari mesin dia..

5 comments:

Marya Hana said...

rase mcm tiap mase nak berendam dalam tab...
heh..
ozon semaken menipis..

Anonymous said...

mmg panas pun ayang..

TeRRoRRiZZ said...

nero...
jom mandi air terjun!!!!!!!!!!!!!!!

nerdy nadea said...

jom..g kat gunung ledang..hehe

nerdy nadea said...

marya: blok asrama i xde bath tub..hehe