Thursday, February 4, 2010

oh lelaki idaman + suami idaman nadia..


Ciri-ciri…tahu tak apa itu ciri-ciri? Ciri-ciri bukanlah buah ceri ataupun  buah ciku yang menjadi kegemaran ramai tu..ciri-ciri yang dimaksudkan disini adalah sifat-sifat atau karakteristik yang ada pada sesuatu seperti warna, bau, jantina, jenis darah dan yang sewaktu dengannya…dan disini saya ingin menyatakan ciri-ciri lelaki idaman saya walaupun akan ada orang yang tak suka dengan memberi komen busuk(mungkin mengutuk didalam hati yang tiada siapa tahu)  dan sebagainya, saya tak kira (I don’t Care).
Setiap orang mesti ada ciri-ciri yang dikehendaki kan..so, saya tak terlepas daripada ciri-ciri yang saya nak…
Nak ikut? Jom scroll ke bawah..





1)      Yang pertama-tama sekali, beliau mestilah tiada masalah bangun pagi iaitu selalu bangun pagi untuk sembahyang subuh..ini kerana saya mempunyai masalah liat bangun pagi sampai selalu terlepas subuh…(ok, sila reject saya sebagai calon bini anda)..tapi saya boleh bangun kalau dikejut..jadi, kepada beliau mestilah sentiasa kejutkan saya ye…

2)     Kedua, ketinggian. Beliau mestilah mencapai ketinggian lelaki yang normal dan semestinya lebih tinggi dari saya. Kalau tinggi, dia akan memandang saya dari atas kerana saya amat fotogenik kalau diambil gambar dari atas. Jadi beliau tak dapatlah nak tatap wajah buruk saya kalau beliau memandang saya dari angle atas..hehe..

3)     Ketiga, kurus. Orang selalu kata kalau kurus tak sedap nak peluk tapi saya memang amat tertarik kepada orang yang kurus-kurus ni terutamanya gitaris-gitaris band yang perform mase gig…a big attraction tu…


4)     Bukan anak sulong sebab saya anak sulong. Anak sulong ni api. Api mana boleh bertemu dengan api. Nanti terbakar rumah tangga kami..hehe..jadi dia mestilah anak tengah atau anak bongsu..tak kisahlah mana-mana asalkan boleh tahan sikap panas baran saya.


5)     Yang sanggup redah hujan semata-mata nak ambil kereta untuk ambil saya di entrance shopping mall..sebab saya tak boleh kena hujan. Nanti demam. Thank you dear sebab tak biarkan I kena hujan mase tu…ghee…


6)     Tambahkan duit mase I tengah tak cukup duit tuk beli speedlite / flash kat kedai kamera haritu..hehe..( nanti I ganti balik taw walaupun you kata tak payah)

7)     Melayan karenah saya semasa  PMS..mase tu I merengek-rengek nak beli pencil color dan you pun layankan aje mood I mase tu..

8)    Sanggup hantar saya pulang ke UTM dan melawat saya sekali-sekala di UTM walaupun saya belum pernah ke Bangi untuk menjenguk beliau.



9)     RUPA iaitu coklat atau gelap dan tidak putih dan sedap mata memandang. Ini kerana apabila berkahwin kelak, setiap pagi akan bangun dengan memandang muka suami disebelah. Kalau tak sedap mata memandang, macamana nak cium? kepada lelaki diluar sana, jangan ban saya..

10)  Ada kereta untuk mengelakkan hujan dan asap hitam bas melaka daripada terkena saya.


11)  Tidak mengganggu saya semasa saya sedang sibuk mengambil gambar customer dan apabila saya sedang khusyuk mengedit gambar untuk custom album kerana saya mudah marah terutama apabila bekerja dengan banyak gambar untuk dipilih.


12) Tidak memberi teddy bear atau bunga-bungaan pada hari ulang tahun kerana membazir dan bukannya boleh dimakan. Dan saya amat tidak gemar kepada teddy bear sampai teddy bear kat rumah tu ada yang kena bakar kerana sudah berlebihan. (saya anak sulong yang mempunyai ramai adik..jadi tolonglah faham)

13) Tidak kerap mengucapkan I LOVE YOU kerana saya mudah bosan apabila selalu diucapkan, mungkin saya akan rasa tidak istimewa. I know u love me damn much…


14) Lebih tua daripada saya atau at least, sebaya dengan saya..tolonglah jangan lagi muda dari saya. Sebab dah ramai sangat adik ni…

15)  Tidak mengutuk atau mengkritik walaupun muka saya buruk  ada jerawat batu dan badan kurus kering. (I tahu I cantik sebab U pandang I dari atas kan..hehe)

16) Memujuk saya dengan Aiskrim. I love Aiskrim…(baskin robin ke..haagen daz ke..ces, demand betol)


17)  Tidak merokok. (jimat duit)

18) Berharta. Berharta disini bukanlah bermaksud beliau  jutawan walaupun saya selalu nak yang itu.hehe..berharta dalam konteks sel-sel neutron saya adalah cukup sifat seperti tidak cacat, ada kaki dan tangan dan badan (semua anggota badan).

19) Ada communication skill dengan orang tua. Parents I suke Tanya-tanya. Bersiap sedialah dengan jawapan-jawapan yang mugkin dan yang selalu tiada dalam skema jawapan peperiksaan di Malaysia.

20)   Menghormati semua orang tanpa mengira bangsa dan umur.

21) Taat kepada ibunya sebab syurga dibawah telapak kaki ibu.

22) Ada career sebagai engineer..hehe..(inshaallah)

23) Pandai masak sebab suke la tengok lelaki masak tapi mestilah yang pandai masak pandai kemas jugak. Tak de la macam dapur kena bom lepas da abes memasak.

24) Sukakan football sebab bagi saya, lelaki tak normal kalau tak suka bola. Tapi  bila abah buka chanel ESPN, saya akan terjerit-jerit suruh abah tukar chanel HBO atau MOVIESTAR. Lepastu saya akan kata “ buat ape la tengok orang terkejar-kejarkan bola yang satu tu”

25)  Ikut saya pergi shopping untuk beri pendapat walaupun saya selalu je ignore pendapat-pendapat tu…

26) Yang stylo mylo sebab kalau beliau stylo, saya akan bangga berjalan beriringan bersama beliau sambil bergelak tawa walaupun tiada rancangan spontan  ataupun tiada nabil raja lawak buat persembahan disitu..stylo disini bukanlah pemakaian seperti gay ataupun rapper..pakai spek nerd pun da cukup stylo di mata saya..

27)  Sayangkan binatang seperti kucing dan ayam walaupun itulah binatang yang paling saya takut bile berada berdekatan.

28)   Dan yang paling penting bukan kaki pukul atau erti kata lain mendera saya dan juga bukan gay.(itu dah list yang ke-30)

Dah dah..kau bukan artis nak demand demand segala ye..bersyukurlah dengan apa yang ada..rase macam bodoh pun ada sebab rajin betol buat ciri-ciri diatas ni..hehe..kompom kena baling dengan telur busuk..nak yang perfect tapi diri sendiri pun terumbang kambing lagi..
Encik beliau jangan risau ye sebab semua ada pada beliau…
Terima kasih kepada encik beliau kerana sudi membaca list ni sampai abes ( confident je yang encik beliau akan baca)

(our first couple portraiture at Danga Bay..best tak dapat awek fotographer macam I? *-* bangga la tu)




p/s : I Love You

10 comments:

Anonymous said...

panjangnya list ciri-ciri..

nerdy nadea said...

hehe...actually banyak lagi tapi takut kene baling dengan penyapu dengan secret admire..wah2...perasan betol saya..

emezul said...

hoho..
mak ai..byak gile..
ada lagi ke..
hurm..
xsume owang perfek..laala..
hehe

nerdy nadea said...

ye..dan list tu pun tak perfect kan..

izYaN said...

Ceh...agak poyo gak aku membaca nye...

emezul said...

ko bace ke mnggis..
haha..
bgus2...
sgat besabar kan

nerdy nadea said...

OK..SILA JANGAN BALING TELUR BUSUK KAT AKU...ala, aku cabar korang buat list yang sama camni..jom..

TeRRoRRiZZ said...
This comment has been removed by the author.
TeRRoRRiZZ said...

aku sahut cabaran ko tuh...........
tggu dan lihat...........
tapi lambat lagi kot..........

Anonymous said...

i always love u forever....