Sunday, October 31, 2010

the soldier


hari ni awal aku bangun pagi. sebab mimpi.

lepas tu, ada orang datang rumah aku. lelaki. he was a soldier. dia berborak dengan mak aku. tetiba mak aku panggil aku. sebab encik soldier tu nak berborak dengan aku. OMG, i know that look. bukan nak perasan tapi aku tahu. aku tahu aku tengah perasan. haha wtf? time ni aku memang nakkan kuasa membaca fikiran orang. heh.

enough that. lepas tu dia balik. topi komando dia tertinggal. tertinggal or buat-buat tertinggal encik soldier?


encik the bf dah jeles. cabuuuuut...


p/s : fiuh, terus main gitar lagu soldier by bunkface.

"You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name’s on a shelf
A legend"

Friday, October 29, 2010

tipikal rutin Dating

tipikal..cliche..biasa..wateva..

my dating routine. LIST :

1) texting pukul berapa nak keluar. texting da siap ke belom. texting da ready untuk diambil.


2) meeting. ayat cliche " lawa sayang hari ni". then aku plak " stylo rambut u hari ni". lepas tu bla..bla..bla..pot..pet..


3) minum-minum. bla..bla..pot..pet..gelak-gelak..


4) makan-makan. time makan tahu dua-dua bisu. haha ;-p


5) protecting. tahu marah bila orang lain usha-usha pasangan sendiri. tapi marah diam-diam je. takde maknanya nak serang orang..


6) watching. tengok wayang. cerita mestilah pilihan aku. sebab dia akan kata : "u nak tengok cerita apa?" bertolak ansur macamana pun, aku yang memang kena pilih.



7) camwhoring. ini aktiviti semasa menunggu traffic light.


8) present. walaupun tak selalu, kadang-kadang ada dalam agenda dating =) kadang-kadang bila dah hantar sampai depan rumah, tetiba entah mana muncul mahluk comel berbulu kat seat belakang. " nah, untuk you" teehee..dapat beruang coklat comel tuk bawak tido ;-p


boring gila bila tiap kali dating buat semua ni..boring gila bila aktiviti ni berulang-ulang. BORING GILA tahu tak..



BUT,
I DONT KNOW WHY...

I LIKE IT THAT WAY =)

its better dari pergi hotel murahan, pergi hutan taman yang takde orang, pergi mandi air terjun berdua-duaan, bla..bla..pot..pet..pastu kena tangkap basah. tak ke naya diri sendiri dan keluarga dan bakal mertua..heh.

Thursday, October 28, 2010

anu


terlanggar orang.

lelaki.

aku rasa anu dia terkena kat kaki aku.

dia rasa apa ya?

dia akan pikir yang bukan-bukan ke? aku tak sengaja weh. tempat tu sempit. masing-masing nak lalu.

apa aku rasa?

aku rasa stim biasa ja. bodoh gila boleh terkena. dem.

lain kali aku akan.._.._.._..mengalah. treeeeettttt bagi laluan*

Wednesday, October 27, 2010

google image - carian kegemaran

kalau ke sini http://www.google.com.my/, dan search for image, apa yang selalu dicari?

kalau artis, memang memanjang ja aku cari minah kembar ni, mary-kate and ashley olsen. sebab sense of style diorang kot. dan filem pertama yang aku suka masa zaman sekolah rendah dulu, 'IT TAKES TWO'.

'it takes two' movie lakonan olsen twin.

then bila dah sekolah menengah, ada duit sket, aku beli la buku biography ni dan sampai sekarang aku still simpan buku ni kat rak majalah. masa tu memang obses betol dan bila ada gambar diorang kat suratkabar, memang aku gunting simpan.

 dan bila dah injak remaja sket, aku memang gila-gila nak tiru pesen rambot diorang. aku rebonding rambut pada tahun 2006. then tahun 2008 aku buat perm pulak macam Ashley kat dalam gambar nih. memang sanggup perabih duit. duit mak aku jugak.

lepas tu steal diorang punya style. pegi kuliah bawak beg besar sampai boleh muat laptop, dslr, fail segala..buat beg balik kampung pon boleh. haha..pakai cardigan hitam baju inner top kaler putih.

kemeja kotak-kotak macam ni my feveret ever. i got one =) and diorang suka pakai big sized fashion. bohemian

aku pernah cari dan hampir nak beli shades ni tapi tak sesuai dengan muka aku yang petak nih. *sigh

eventhough diorang kurang famous dalam lakonan, at least they inspires many people in doing bussiness. they already got novel series, tv series, fashion line, barbie doll of them, perfume, accesorries, cosmetics, travelling, bla bla bla banyak gila lagi dan aku nak beli ini pulak :


mary-kate and ashley olsen BIOGRAPHY

OK so lame..buku ni dah lama keluar tapi belum berkesempatan lagi nak pegi beli. chow ^_^

kontes nuffnang : kawan-kawan cepat join =)

contest nuffnang bertajuk " World’s Coolest Intern" memang wajar korang semua ( bajet macam ramai pembaca blog kau) join. join sekarang dan 50 entri pertama akan dapat cash rm20 daripada nuffnang.

10 pemenang yang mempunyai entri terbaik akan dapat rm200. dan pemenang utama akan dapat kursus intern selama 6 bulan dan dapat job dan dibayar SGD 30 000. COOL gila kan..

memang aku bukan kejar duit nuffnang sangat tapi kalau tawaran dah depan mata, siapa yang tak nak? orang kaya pun nak. tawaran bekerja dengan Standard Chartered Bank di Singapore lagi.

buat je entri jual diri macam orang yang dah join kontes nih. then, kalau ada rezeki, dapatlah..kalau tak, aku tak kesah pon.

 kerja kosong dengan Standard Chartered Bank

tak rugi pun join. taip dan hantar ke sini.



p/s : eme, aku dah roger kau pasal benda2 yang melibatkan duit nih. kau join ok ^_^
pee/ass : kepada orang yang dengki macam nak cakap 'hek eleh', cepat tinggalkan blog ini. i dun need u.

Sunday, October 24, 2010

pandang


aku pergi makan McD kat McD. order kat kaunter. then datang sorang mamat diri seblah aku. aku jauh sikit sebab dia macam rapat sangat dengan aku. dia pandang aku. aku pandang dia balik. aku bagi pandangan "apahal lu??"

lepastu dia pandang tempat lain. appearance dia macam aflin shauki sket. lepas tu dia pandang aku lagi. dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas balik. hek eleh mamat ni, buat aku seram je. nak ngorat, ngorat je lah. kena makan selipar atau burger tu belakang kira lah.

lepas tu, ..dia pandang lagi kat tempat yang tak sepatutnya.(ni yang rasa nak private blog). DAMN. lepas ni tamo pakai baju ketat-ketat lagilah. aku blah lepas oder aku siap.

damn damn damn dang*!$#%^$&^%*

Tuesday, October 19, 2010

Leanne Marshall - my favourite designer

nak buat DIY tapi mesin jahit rosak T_T. tengok hasil jahitan orang lainlah. buat jana idea.

my favourite designer - Leanne Marshall from project runway season 5.

her designs are very constructive and simple. i like it that way =)

this collection was inspired from wave .

creative gila minah ni..aku nak talent dia ;p


her website - HERE
sebelum jadi pereka fesyen, Leanne adalah pereka grafik. i love her job ^_^

malam tadi accident, kancil aku langgar mat rempit







DAMN! its not my fault..




nasib baik tak mati




Monday, October 18, 2010

cabaran memberi ajaran kepada si Tua

betol. aku penat.

satu hari ni, orang datang kepada aku dengan hasrat nak belajar editing. walaupun editing aku masih di tahap sampah-sampah, sekurang-kurangnya boleh la ajar benda yang paling asas nak gunakan adobe photoshop.

ok, dah ajar. dia tak salin pon nota ke hape. aku malas nak tegur sebab dia lagi tua dari aku. jauh jugak jarak umur kitorang.

esoknya, dia datang lagi belajar editing. masih silibus yang sama. macamana nak save, ubah ton, potong gambar, hilang jerawat..ok, aku ajar lagi.

keesokan harinya, datang lagi dengan bertanyakan benda yang sama walaupun dah berbuih mulut aku ulang benda yang sama. aku suruh dia salin. ok, dia dah salin.

esok-esok nya lagi, walaupun dah diajar dan salin nota, dia masih tak tahu macamana nak aplikasikan. aku ulang ajar silibus yang sama. hormat sebab aku yang muda, dia si tua.

nak marah, tak boleh.

last-last, bila dia nak buat editing untuk cuci gambar ke hape, dia upah aku. keh keh..kan senang. hoh. kesabaran aku dah lebih separuh dari iman agaknya. geram dowh. cabaran besar mengajar orang yang lebih tua dari kita. tapi 'dia' learn something at least..


pee/ass : editimg aku masih ditahap sampah. tengah nak kumpul duit amek kursus editing.

gambar atas stage

18 oktober 2010

hari ni dapat barang dari pos laju. gambar konvo atas stage. happy? entah..kalau takde pon takpe kot..


dapat je gambar ni, abah terus nak framekan dan nak gantung di dinding. ya, di DINDING. tak gemar aku. macam nak kerek-kerek ja. dahlah muka aku dalam gambar ni tak lawa. yelah, muka aku dari angle bawah memang hodoh. gambar aku semua dari angle atas and atas sikit dari eye-level. keh keh..

pokoknya, aku takkan gemar gantung gambar konvo masa tadika or masa degree.

Nway thanx to team KFK (kelab fotokreatif) yang berjaya proses gambar dari pengambilan hingga ke pengeposan =)
pejal and sally. and ramai lagi tapi takde gambar diorang..

kalau nak menggunakan khidmat KFK di UTM dalam pengambilam gambar apa-apa acara, boleh call di : 017-7628280. ^_^

Sunday, October 17, 2010

reading stuff

sejam yang lepas, aku pergi kedai. beli magazine GLAM. RM 10. bagi aku agak mahal tapi berbaloi. Majalah ni banyak sangat gambar-gambar yang menunjukkan nilai kualiti fotografi yang...aku suka =)


Dah lama aku tak belanja mata aku cuci pemandangan setting fotografi studio. berangan suatu hari nanti rumah aku akan ada satu bilik khas untuk studio. ambil gambar aku, anak-anak, mak, abah, adek-adek....kalau tak jadi realiti pun, berangan adalah satu perkara percuma dan sangat menggembirakan =)

oh, ini cuma 10 peratus daripada almari majalah. =P

buat sendiri di rumah - hujung minggu

nak petua kulit licin? guna lah adobe photoshop. keh keh. tak lawak T_T.

hujung minggu, orang cuti, aku bekerja. bila hari orang bekerja, aku pulak cuti. tengah sedap buat editing ni, sedap gak kalau dapat buat spa sendiri kat rumah. jimat. sambil buat kerja, buleh manjakan kulit muka ni sekali.


ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk. lepas itu, perah limau nipis atau lebih baik dengan limau kasturi. kacau-kacau sket, then tepek kat muka. biarkan sampai kering sampai esok pagi pon boleh. tapi biasa 30 minit pun ok.

siap. sambil edit gambar, sambil masker telur ni kat muka dengan ketegangan sampai tak buleh senyum atau bercakap. imagin kalau adek-adek sengal buat lawak.


2. petua cantikkan kuku cagu.

yang ni amat popular masa sekolah dulu. tiap-tiap minggu buat dengan budak dorm. pergi sekolah, kuku macam pakai cutex. maklumlah, sekolah perempuan. memang gedik aww nak mamp*


gosok kuku dengan limau nipis / kasturi selepas memotong kuku. bilas dan keringkan. lepas itu, letak ubat gigi sket kat tisu, gosok kat kuku sampai jadi berkilat. memang macam pakai cutex dia punya kilat weh.

heh, itulah aktiviti hujung minggu di pagi-pagi buta ni.


p/s : petua ni bukan google. tahu. ToT

Saturday, October 16, 2010

tenang dalam serabut

pagi
tengahari
petang
malam

 
“ Your first 10,000 photographs are your worst." – Henri Cartier-Bresson


 
p/s : aku penat. sangat.

Friday, October 15, 2010

blog yang paling cool dan best

my yesterday night supper, COOL BLOG


cuaca baru-baru ni memang buat bibir kering, ulser, so memang kena la pergi beli cool blog ni. dulu kat uni, almost everyday beli. addicted gila. sekarang kat rumah, aku ajar mak minum benda ni dan mak juga dah terkena ^_^. ADDICTED.


Beli 3 untuk aku sorang. 1 minum habes kat jusco, 1 lagi minum dalam kereta dan 1 lagi tengah minum sekarang. teeheee =)

haneydew blended with pearl and chocolate blended with pearl.

 penagih cool blog

actually, ape yang best pasal cool blog ni adalah bila sedut kan, rasa teruja gila bila dapat gigit pearl yang kenyal-kenyal tuh. ^_^. itu ja. air blended tu tak de lah best sangat tapi still best.


p/s : sluuurrrrrrppppp...hmmm ;-D

Thursday, October 14, 2010

oversized fashion

oversized blouse + black jeans + black shawl + vincci strap wedges.

oversized blouse sesuai untuk gaya sopan-sopan dan perempuan mengandung. bahahaha =) tapi lagi nice kalau pakai belt. a big bold belt.

beli kat mana? kat mana lagi kalau bukan jusco tercinta yang kalau sales memang gila murahnya.

harajuku, RM 14.90. less after 70 % discount.

perempuan tak cantik akan affect his future

aku ada kawan, lelaki. tapi bukan teman lelaki atau teman baik. teman biasa-biasa je. dia ni nama dia fahrin. muka hensem gila. tapi masalah dia ni, dia tak suka perempuan yang tak cantik. ada satu hari tu aku dapat peluang borak dengan fahrin.

"apesal kau tak suka kat perempuan yang tak cantik?"

selamba badak dia cakap "sebab itu akan affect my future"

"affect macam mana plak? kau ni gila la"

"yelah. kalau jadi bini aku nanti, for sure bakal anak-anak aku nanti tak cantik"


berkerut dahi aku dengar jawapan dia. " patot lah kau tak layan aku". keh keh. aku cakap dalam hati je.

tapi, kalau muka cantik tapi hati setan nak buat hape. jadi bila hati baik, muka pun akan berseri cantik.

Tuesday, October 12, 2010

aku nak anak kembar yang adorable macam olsen twin

ashley




marykate
 
ashley and marykate olsen.

Monday, October 11, 2010

kos hidup sehari. SEHARI sahaja..

aku selalu kira belanja harian. cukup ke nak hidup kalau sebulan kerja dapat rm800 je..oh, itu aku ambil gaji member aku sebagai cashier di sebuah pasaraya. contohnya lah. kalau gaji aku rm2500 sebulan pon, masih cukup ke nak hidup ni. macamana kalau ada anak? keluarga? manusia mana pernah rasa cukup.

pengiraan kos harian dari aku bangun pagi sampailah nak pejam mata tido malam hari.

sebahagian produk yang aku guna

1. berus gigi. rm5. tukar setiap 3 bulan...................rm 0.06 sehari
2. ubat gigi. rm7. abes setiap 6 bulan......................rm 0.04 sehari
3. pencuci muka. rm 38 untuk setiap 6 bulan...........rm 0.21sehari
4. shower foam. rm 7 setiap 6 bulan.......................rm 0.04sehari
5. air. rm 50 sebulan untuk 7 orang.........................rm 0.24sehari

6. bedak. rm40 setiap 6 bulan................................rm 0.22 sehari
7. ubat jerawat. rm 40 setiap 6 bulan......................rm 0.22 sehari
8. eye liner. rm 10 setiap 6 bulan............................rm 0.06 sehari
9. lip balm. rm 12 setiap 6 bulan.............................rm 0.07 sehari

10. lotion. rm 20 setiap 12 bulan............................rm 0.06 sehari
11. toner muka. rm 30 setiap 12 bulan....................rm 0.08 sehari
12. moisturizer. rm 10 setiap 12 bulan.....................rm 0.03 sehari

13. elektrik. rm 80 sebulan....................................rm 2.67 sehari.
14. rumah. rm 320 sebulan....................................rm 10.67 sehari
15. kereta. rm300 sebulan.....................................rm 10.00 sehari
16. makan (bahan mentah).....................................rm 7.00 sehari

17. sabun basuh baju. rm7 sebulan.........................rm 0.23 sehari.

18. road tax setahun rm 500..................................rm 1.39 sehari.
19. lesen renew. rm30 setahun..............................rm 0.08 sehari
20. petrol. rm 50 sebulan......................................rm 1.67 sehari
21. topup rm 40 sebulan.......................................rm 1.33 sehari

TOTAL PERBELANJAAN SEHARI = RM 36.50

darab dengan 30 hari, kos sebulan untuk hidup secara minimum = RM 1095.00

sebenarnya dalam realiti, lagi lebih kita berbelanja kan. kang moody sket, pegi beli cokelat lah. teringin sket, pegi shopping makanan ntah hape-hape lah..hmm, tak pernah cukup dengan kehendak.


p/s : DUIT-DUIT COME TO ME..