Monday, October 11, 2010

kos hidup sehari. SEHARI sahaja..

aku selalu kira belanja harian. cukup ke nak hidup kalau sebulan kerja dapat rm800 je..oh, itu aku ambil gaji member aku sebagai cashier di sebuah pasaraya. contohnya lah. kalau gaji aku rm2500 sebulan pon, masih cukup ke nak hidup ni. macamana kalau ada anak? keluarga? manusia mana pernah rasa cukup.

pengiraan kos harian dari aku bangun pagi sampailah nak pejam mata tido malam hari.

sebahagian produk yang aku guna

1. berus gigi. rm5. tukar setiap 3 bulan...................rm 0.06 sehari
2. ubat gigi. rm7. abes setiap 6 bulan......................rm 0.04 sehari
3. pencuci muka. rm 38 untuk setiap 6 bulan...........rm 0.21sehari
4. shower foam. rm 7 setiap 6 bulan.......................rm 0.04sehari
5. air. rm 50 sebulan untuk 7 orang.........................rm 0.24sehari

6. bedak. rm40 setiap 6 bulan................................rm 0.22 sehari
7. ubat jerawat. rm 40 setiap 6 bulan......................rm 0.22 sehari
8. eye liner. rm 10 setiap 6 bulan............................rm 0.06 sehari
9. lip balm. rm 12 setiap 6 bulan.............................rm 0.07 sehari

10. lotion. rm 20 setiap 12 bulan............................rm 0.06 sehari
11. toner muka. rm 30 setiap 12 bulan....................rm 0.08 sehari
12. moisturizer. rm 10 setiap 12 bulan.....................rm 0.03 sehari

13. elektrik. rm 80 sebulan....................................rm 2.67 sehari.
14. rumah. rm 320 sebulan....................................rm 10.67 sehari
15. kereta. rm300 sebulan.....................................rm 10.00 sehari
16. makan (bahan mentah).....................................rm 7.00 sehari

17. sabun basuh baju. rm7 sebulan.........................rm 0.23 sehari.

18. road tax setahun rm 500..................................rm 1.39 sehari.
19. lesen renew. rm30 setahun..............................rm 0.08 sehari
20. petrol. rm 50 sebulan......................................rm 1.67 sehari
21. topup rm 40 sebulan.......................................rm 1.33 sehari

TOTAL PERBELANJAAN SEHARI = RM 36.50

darab dengan 30 hari, kos sebulan untuk hidup secara minimum = RM 1095.00

sebenarnya dalam realiti, lagi lebih kita berbelanja kan. kang moody sket, pegi beli cokelat lah. teringin sket, pegi shopping makanan ntah hape-hape lah..hmm, tak pernah cukup dengan kehendak.


p/s : DUIT-DUIT COME TO ME..

21 comments:

A Y U A Z A M I said...

woah! kira smpai mcm tu skali.

tape la, janji dari skrg, kita boleh la menabung sikit demi sedikit. nanti kalau betol betol da kesempitan wang, kita masih lagi ade duit simpanan. jgn boros pulak, amalan tidak baik tu :)

Encik Psychopath said...

huh. byk tu. kesian nnti laki kau.

No name said...

biar betul shower foam rm7, n term 6bln?? btul ke harga tue.. huhuhu.. mmg detail.. tak msk jimba2 n shopping lagi.,..

hamzah ian said...

fuhyooo... byk weh..

Zaqyah Razak said...

gile detail kira huhu.

hentakbelipat said...

kau lah org paling rare kira ubat gigi punya stu hari bapa nilai dia...pehh

Khai said...

hah!! dahsyat beb.....
tergugat aku yg amik akaun niyh...xley jd xley jd..haha

ok la tu...andai kata 2500 gaji ko..gaji laki ko lg..3000 misalnya..
cmpur dah 5500..selalunya bhn mentah,kereta,bil air,api sume tu tanggungjawab suami...mewah kalo xde anak...tp cukup kalo ada sorang anak..rsenye la..huhuhuhu ;P

Seri said...

kalau macam ni laki bini memang kena kerja

cEro said...

huyooo!!!
kagum sbb tak pernah terniat nak kira ubat gigi...
tp mmg betol, sara hidup tinggi...
ini skang, 2010, blom tahun lg 2-3 tahun mendatang..

::FAIZ:: said...

krete rm300 sebulan? ko pakai kete ape?

nerdy nadea said...

ayu azami, aku sedang menghargai setiap sen yang aku gunakan..

nerdy nadea said...

psychopath, pehal kesian kat laki aku plak..barang aku, aku la bayar..(woh, ayat nk independant..keh keh)

nerdy nadea said...

lizzie, shower foam jenama genvere 1000 ml hanya rm6.90. sedap bau dia..hehe..tahan je 1 sem kat uni..shopping+jimba2+ memang tak nampak kalau tak masuk dalam belanjawan..hehehe

nerdy nadea said...

hamzah, aku rasa kalau aku lelaki, mesti jimat sket tak payah mekap segala...

nerdy nadea said...

zaqyah, dah lama dah kira..baru ada kesempatan nak post sbb nk buat peringatan bila da keje nanti..=)

nerdy nadea said...

hazwan, kau patot kira kalau kau gosok gigi sehari 5 kali..

nerdy nadea said...

khai, kalau semua suh suami pikul, kau kena ready la..keh keh..

tu la, kalau ada anak, bila anak dah besar lagi banyak kena pakai duit..

p/s : akaun ni akaun tibai taram namanya..tak payah nak rasa tergugat pon..

nerdy nadea said...

seri, for a good life, memang pon..barang makin lama makin tak turun..huhu

nerdy nadea said...

cero, ubat gigi tu perkara wajib..kalau tak kira bukan belanja harian namanya..lainlah kalau orang yang guna kayu sugi dengan arang..hehe

nerdy nadea said...

faiz, aku pakai kancil je..hutang lagi setahun..tu pon terkemut-kemut nak bayar..

Sophie Al-Yahya said...

seriously aku patut kira mcm ni jugak.

Tapi rajin giler ko kira satu persatu.

Mesti perbelanjaan perempuan lagi mahal eh.lelaki mana nak pakai macam pompuan bedak,eyeliner,lipbalm segala.huhu.