Wednesday, October 6, 2010

u can call me a POSER

"poser je dia tuh"

aku tak pernah claim diri aku sebagai PHOTOGRAPHER melainkan bila berurusan dengan pelanggan, baru aku cakap aku photographer sebab perkataan itu yang akan buat diorang paham dengan kerja /  kebolehan aku. (yang aku yakin boleh buat)

tapi dalam erti dunia sebenar, aku bukan photographer mahupun gambargrapher. aku hanya pengguna nikon D60 yang hanya ada 2 ketul lense, 2 ketul speedlite dan seketul trigger sahaja. banyak eksperimen aku yang entah hape-hape dan gagal. dalam 1000 shot, mungkin hanya sekeping je yang jadi. yang tak jadi ada yang boleh diedit untuk kelihatan jadi.


pergi kemana-mana, kalau boleh memang aku nak lilit je DSLR kat tangan ni. jadi, korang boleh panggil aku poser.

pergi jamban, nak masak, panjat pokok, babysitting, kalau boleh shoot aku shoot je. jadi, aku boleh dipanggil poser.

pantang jumpa cermin, tak kira la kat mana-mana, aku mesti nak shoot diri aku. jadi, aku lah poser itu.


asal ada orang bawak DSLR ke shopping complex, kau panggil 'dia' tu poser. kau tahu ke sama ada dia tu poser atau tidak? ataupun sebenarnya 'dia' itu seorang profesional yang sedang menjalankan assigment / job?

aku akan panggil dia itu poser bila aku kenal orang tu. macam kat fb, kawan-kawan adek aku ramai yang poser sebab bila tanya pasal setting, TAK TAHU jawapannya. jadi orang yang aku tahu poser itu yang aku akan panggil poser.

TAPI, tak semestinya orang yang ke hulu ke hilir sambil memegang / menggantung DSLR itu adalah seorang yang poser. judgemental betolla. tak fair tahu tak. kau tak kenal orang tu, tapi bila orang tu bawa DSLR kemana-mana, kau cakap dia tu poser.

nak panggil aku POSER? huh, silakan.

si poser ni menggunakan setting manual mode : color space SRGB, f /22, s 1/50, wb flash, ISO 400, metering mode center weighted average, and flash guna trigger. tukang pegang flash: eme. editing : zero.




p/s : ini blog response kepada orang yang tak sayang mulut tuh. aku tak cakap gambar kat atas ni terbaik atau cantik tapi sekurang-kurangnya aku tahu mengaplikasikan penggunaan manual daripada apa yang dah dipelajari.

ada duit nanti, aku nak rembat compact camera.

12 comments:

Liyana Lunia said...

ini gempak. abang saye slalu ajar baca benda tu tapi tak faham T_T tahu rasa cantik je LOLO btw niceeeeee, cntik sgt gambar tu <3

::FAIZ:: said...

Nice picture....

NAZ said...

ohhhh yeahh:) selalu nya putar mode atau auto setting dan tangkap gambar. jarang saya tengok orang bercakap tentang setting haha itulah perbezaan nya ketara.

Anonymous said...

sepatutnya setting auto x wujud pada dslr!!..hehe...

nways, gmbr itu lg lawa klu flash tu either kurangkan intensity, filter pakai payung atau pantul off somewhere..sbb skrg da jd mcm cerah sgt..
cheers!

cEro said...

ada bau hasad dengki tu...
abaikan...
buat ape yg ko minat!!

nerdy nadea said...

anon, tulislah nama..hehe..

kitorang just bawak body kekmera n flash je..fyi, i x blaja lg nak setting guna payung2 ni. payung tu pon takde. insyaallah ade rezeki nanti i akan beli extra accesories..sekarang takde budget lagi.

pasal intensity tu, i memang sengaja buat cerah macam tu sebab kulit i gelap..keh keh keh..

i'll learn ya =)

nerdy nadea said...

liyana lunia, belaja pelan-pelan..nanti paham lah tu..k =)

nerdy nadea said...

faiz, thanx..its just nice but not strong n beautiful enough..

nerdy nadea said...

naz, tq 4 quote the diffrentiate..

nerdy nadea said...

cero, baiklah..haha...aku lagi suka diorang kutuk aku ^_^

Nobita Sensei said...

wow! lawa.

. said...

modelnya cantik.