Wednesday, June 30, 2010

contact lense free. first time pakai contact lense ^_^

Tak payah join kontes mata menawan .  da dapat contact lense free hari ni. Korang dah dapat ke? Anyway thanx to ladynoe @ perempuan jomblo sebab dapat info pasal lense ni pon dari blog dia. Aku part barang free ni cepat aje memanjang. Tak perlu bersusah payah untuk dapatkan contact lense free ni. Hanya perlu daftar kat http://www.freshlookilluminate.com/. elleh..tulis macam orang takde perasaan. Dapat je dari abang posmen, terus terkinja-kinja “ mak..mak, akak dapat contact lense free” eksaited sebab seumur hidup tak pernah pakai contact lense sebab bagi aku itu adalah sangat leceh. 
Tapi kenapa ladynoe dapat lebih dari satu pasang? Aku dapat sepasang je. Grey ring color and of course la ada power untuk si rabun nadea ni.
See..my name.. ada baucer diskaun lagi untuk pembelian akan datang. Meh kita try test best ke tak pakai contact lense nih.
Before pakai contact lense:
 
Aku saje pakai macam Taliban sebab nak tonjolkan mata yang sepet tuh. Snap-snap kat cermin.
Best best..sebab mata hitam aku nampak besar. View pon nampak jelas sangat. Tapi kenapa warna dia tak nampak sangat?
Cett. Tak puas hati. Terus pegi photoshop.
Teehee..terus kalerkan dengan warna hijau. Takut tak? Tapi tengah-tengah syok snap gambar kan, contact lense kat mata kanan ni jatuh sendiri plak. Penat pulak asyik nak kena sebut contact lense ni dengan ‘contact lense’. Bukannye lense sebab nanti aku takut korang akan ingat lense yang aku dok sebut ni adalah lense kekmera yang kat seblah aku tu kan.
Finally, I decided to wear my old skool spectacles.
Hantu yang terkandid ^_^
Tak mampu eden nak membeli contact lense ni setiap bulan.

haish, pesen macam ni pon ade ke..

beberapa bulan yang lepas, aku ada menerima aduan yang mengatakan aku kurang membuat kerja. kerja hape? kerja edit serta print gambar untuk customer.

customer : saya bayar taw. kenapa album ni tak penuh?

aku : abang ambil pakej yang ada 80 kpg gambar sahaja. jadi, saya beri album dengan 80 kpg gambar sahaja. lagipun saya ada print extra 3 keping. jumlah ini biasanya memang tak penuh 1 album.

customer : saya peninglah..orang lain kawen, album lebih dari satu. saya ni, satu album pon tak penuh. editing pon tak semua. saya bayar tahu.

(adoyai, tak semua editing ade masukkan corak kerawang-kerawang atau text. camne nak bagi dia paham nih)

aku : abang, editing saya buat mengikut bajet pakej yang abang ambil. kalau abang tengok dvd gambar, gambar yang original dengan gambar yang saya dah cucikan tu lain. lain sebab saya dah edit.

customer : dahlah..bayar mahal-mahal. tapi album seketul tu pon tak penuh!

aik, aku pulak yang salah ke? aku tonggang tonggek ambil gmbr dia lebey dari sehari, walaupon bayaran dia juz tuk 1 hari je. itu pon nak salahkan aku tak buat kerja ke?.hui, susah kalau dalam fikiran dia " saya bayar tahu!" macam dia bayar harge sebuah kereta kat aku. kalau nak 1 album yang penuh dan extra editing berkerawang-kerawang, bersedialah untuk membayar servis extra jugak. harge pakej yang dia ambil ni, x dapek la kat mane-mane wedding photographer len sebab gambar aku tak la secantik mana tapi nilai seni itu still ada harganya..

pengantin yang saya ceritakan ini, tiada di fotopages ataupun di facebook kerana perkara-perkara tertentu. jadi, tak payah tahu siapa tuan pengantin ni.

jadi, pesanan khidmat masyarakat saya pada hari ini adalah janganlah kita hilang ingatan di saat @ selepas mendapat produk yang dijanjikan. ape yang dijanjikan, itulah yang akan dapat.


gambar hiasan~ pengantin yang ini sangat sempoi and wish to work with you all again.. majlis cukur jambul maybe..heehe

thanx to my asisstant, encik Burn ( abu bakar) sebab tolong siapkan album mase aku tengah demam. nasib baik dah habes edit. owh, a million of thanx juga kepada boni a.k.a najib sebab sudi jadi photographer jemputan dan juga editor jemputan dimana kerja editing aku telah dikurangkan bebanannya. ^_^ beliau lagi otai wo~ (nanti aku belanje makan kat rumah aku..huhu)

haha..burn da pening nak tampal 40 pages..jangan risau. kami tak langkah atau menyepak gambar customer.


for any enquiry, just email at neropink87@yahoo.com or call 013-6479353 (encik Burn) or PM at facebook.



p/s: PM tu hape? PM tu private message ^_^ ok..

Sunday, June 27, 2010

hati-hati bawa DSLR ke mana-mana...

nak kongsi dengan korang kalau bawa DSLR ke shopping mall, hati-hati ye. sukati la korang nak baca ke tak sebab sukati aku nak cerita. heehe;)

bab 1 : di deretan kedai kat taman perumahan.

aku drive and then dropkan adek aku untuk beli topup. sementara nak tunggu adek aku ni, aku shoot la stereng, and muke sendiri kat side mirror ni ha. sekali orang kedai tu perasan. die pandang aku dengan muka macam nak cakap " hoi, apesal ko amek gambar kedai aku?"..haha..ala, aku tak heran pon dia buat muka macam tu.

aku shoot je muka sendiri kat side mirror. lepas tu dia tunjuk penumbuk macam nak belasah aku. eleh, perasan betol la orang nak ambil gambar kedai dia yang tak berapa nice dalam framing aku nih. aku tahu mesti dia ingat aku nak ambil gambar kedai dia, then buat report kat penguasa sebab jual mercun. haha..part mercun tu aku hentam. adek aku naik je kereta, aku terus blah.. aku faham. tak boleh ambil gambar kedai dia.

ini semua sebab DSLR. kalo aku shoot pakai kemera henpon, takde hal la..pakai kemera besar sket, mule la nak marah. tak tahu la kedai lain macamne.


2. outlet / kedai / butik di shopping mall

dulu aku pernah pergi praktikal fotografer. mase tu hujan, ramai-ramai la duk berteduh kat dalam shopping mall. then, one of my junior nak shoot signboard kat satu outlet tu. tetiba pak gad datang kat dia tegur yang itu adalah satu kesalahan. tak boleh ambil gambar sesuka hati.

pak gad tanye siapa ketuanya. adoiyai..mase tu aku pengarah praktikal ni. aku kena hantar oleh pak gad tu ke pejabat shopping mall itu. sampai bilik manager mall tu, dia soal siasat aku macam la aku ni reporter ke hape kan. then aku explain bla..bla..bla..

dia ambil ic, lesen and kad pelajar aku. potostat. nak berkenalan gamaknye kot. teehee ^_^ lepas tu dia lepaskan aku dengan pelbagai syarat. takpe, aku tak marah pon junior tu sebab aku tak pesan awal-awal. lupa.

then pak gad tu pulak yang mintak maaf kat aku. pehal ntah. dia ingat aku lepas dari manager dia, aku tak kena pape la kot. salah dia la tu dia pikir kot. huhu..xpe, hangpa tak salah na..


lagi, aku pon pernah ditegur lagi di shopping mall lagi sebab aku nak shoot human. bukan alien atau kedai-kedai outlet-outlet butik-butik. pakgad marah. "camera not allowed"..ala, kemera henpon boleh jer...ingat kemera 8 MP tu tak dapat details macam DSLR ke..haish..ni yang malasssss sangat nak bawak kemera gedabak ke mall nih.


3. di luar shopping mall.

hati-hati sebab takut orang ragut. hehe..setakat ambil gambar kat window ni tak pe. ;-)

with tasya kat dataran pahlawan mega mall.


ok dah. chow.


pee/ass : shopping is a good teraphy ^_^

Saturday, June 26, 2010

contest yang telah di tag.

1. kontes lompat-lompat by nina.
2. kontes mata menawan by faten
3. kontes look style by naen.

maaf ye..semua saya kumpul dalam satu entry. oleh kerana di tag, saya akan merealisasikan impian anda. haha..macam akademi fantasia plak.

1. yang pertama kontes lompat-lompat.
gambar yang dikira melompat:

gambar yang telah diulang letak buat kali ke-3 dalam blog ni.

bannernya adalah:


HUPDATE : menang ^_^




2. second, kontes mata menawan.
adoyai, ni salah tag ni. mata sepet ni pelik kalo join kontes nih. gambar yang bajet mata menawan adalah:

menawankah avatar ni? huhu..

banner kontes mata menawan:

 
HUPDATE : kalah ;-p



3. lastly, kontes look style.
tuan penganjur, look style ni camne ar? buleh letak lebih dari satu kan...nah :
sejarah gambar banner header ni.

rase nak jual outfit nih. sape mau?

banner look style contest:


HUPDATE : menang ^_^


sekian sahaja kontes-kontes yang telah di tag. harap anda semua terhibur. haha..thank kasih la ye sebab sudi tag saya dengan kontes-kontes tersebut. maka...oleh itu, pilihlah gambar saya untuk memenangi saguhati topup rm10. boleh?



kena tag orang lain plak.
1. tero.
2. eme.
3. nn.

nah, hamek korang..

Friday, June 25, 2010

customer yang tamo bayar!

last week aku ade shooting with model from satu butik ni. shoot for 9 models. dah 5 kali kot aku berkhidmat untuk butik tu. gambar-gambar tu semua so far takde kompelen and well edited. tapi yang last week punye macam vavi je diorang nih!

deposit aku tak amek sebab memang da kenal. so kiranya macam dah kamceng arr..kononnye kenalan yang baik hak tuih!

gambar dah print besar for 9 models tuh, bile dah send kat diorang, diorang cakap tak lawa. hape yang tak lawa? muke kalau dah tak lawa memang susah la nak dilawakan. dulu punye gambar pon macam tu jugak. xde beza dr segi lighting and editing. kali ni dah la cakap tak lawa, lepas tu tamo bayar. hey, kau print gambar tu guna duit aku tahu tak...*marah meledak*. aku rase diorang saje buat alasan sebab kali ni aku up sket harge. mase deal dulu setuju je dengan harge tu. setakat naik rm10 tu hape la sangat kan.

pengajaran, sediakan hitam putih and ask for deposit. tengok aku nih, camne nak saman? xde bukti..sabar je la..putus kawan dengan diorang. ikutkan hati, nak je sneak out malam-malam, then bakar je tempat tu.




p/s: jahat sangat aku ni kalau aku publish gambar diorang tu kat blog nih. takpe, ade ubi ade la batas..

ini bukan aku shoot ok. teringin nak shoot macam ni...hmm, sape ley ajar?

1 hari yang serabai.

this is more to personal but this is my blog. hehe..pagi tadi awal-awal mak aku kejut suh bangun pegi teman shoppingkan adek nombor 2 yang nak balik poli. celik mata je terus nampak emak dan adek yang dah siap dress up pakai tudung mekap segala. aku dengan serabainye mandi 5 minit, capai tee shirt and pakai bedak and lip ice seminit. sikat rambut dalam kereta. emak suruh rushing. hamek ni serabai:


entry kali ini tiada penggunaan DSLR sebab nanti kena halau dari shopping mall. (dah pernah kena). jadi, manfaatkan sepenuhnya kemera henpon ^_^.
adek nak beli kasut bertutup untuk pergi kuliah sebab kuliah kat poli dia ni tak boleh pakai kasut nampak kaki. tapi gile hape adek aku beli yang ini: kalah lekcerer u..

heel is hurt like hell.

lantak ko lah. bukan aku yang sakit nanti. macam kasur nurse tak?


then, off to kedai barang-barang kek. tengok makcik 2 orang nih. lekanya tengok wrapper/box cake ni. tak sedar anak dara hang amek gambar.

usha mangkuk muffin. banyak woo..

best giler kedai ni. colorfullness..

 heehe..patung-patung hiasan tak pakai baju.

rambang mata @_@. tapi bukan ini yang aku cari. orang lain duk belek bahan nak buat kek. aku dok belek bahan nak buat mini studio. haa, aluminium foil untuk buat reflector ^_^. buleh amek gambar kek yang aku buat nanti. eh, mak buat.


buat camni bleh?

ataupon macam ni:

tampal je kat cardboard. DIY ok.

balik dari shopping, kena hantar anak jiran pergi klinik plak. for monthly checkup. kesian baby alisya demam.

baby alisya jeling kat pakwe mane tu? nak jugak ;-p
balik rumah kena babysitt kan alisya nih. penat buai aku yang tertido dulu. tak boleh tinggal langsung sebab demam membuatkan budak ni bertambah ngengade. dahla migraine aku datang balik. lepas shopping mesti migraine (dah paham pe'el kepala ni)

baby alisya, get well soon ok. demam nak tumbuh gigi lah!
lepas lenakan alisya, tido jap. migraine. bangun-bangun dah kena hantar adek aku balik poli pulak. serabai je tak cuci muke pegi hantar dia. balik rumah kena tolong mak meniaga plak. ingat nak buat kek pastu nak buat food photography. plan dipotong.
fuh, satu hari yang serabai dan penat.

Wednesday, June 23, 2010

kutuk@kritik sama-sama boleh? blajar editing..

hari-hari macam biasa kena explore tutorial dr internet untuk belajar teknik editing terbaru. sape lagi nak ajar aku kalo bukan designer-designer profesional kat alam maya nih. lantak la korang nak cakap aku ni x reti edit ke hape..hari-hari yang aku tahu, kena IMPROVE.

Sekarang ni kan dah jadi trend editing macam nih:

photo pinjam dr sini

dengan bantuan muraisenja, aku try la..kritikan membina atau tidak sangat dialu-alukan supaya aku boleh improve.
jadi, aku nak minta bantuan profesional ataupon non-profesional atau half profesional untuk sama-sama mengutuk hasil editing ini. sebabnya aku nak belajar ^_^


owh, about the photo, subjek adalah pengapit pengantin yang aku shoot baru-baru ini. dan budak kecik selipar tebal ni adalah assistant merangkap tukang pegang flash.


p/s : credit to muraisenja.blogspot.com

Tuesday, June 22, 2010

"saya nak suami kaya"

'‘saya nak suami kaya'’
Nah. Hamek ko. Aku tak taw la salah sape dalam hal ni. Kejadian ni berlaku kepada orang yang aku kenal iaitu kawan aku sendiri.
Perempuan ni member aku. Aku namakan dia Fazura. Dia ni dah kawen dan ada anak. Dulu sebelum kawen, bukan maen lagi berlagak nak suami kaya. Lepas tu dapat la lelaki kaya untuk dibuat suami. Suami dia agak kaya la sebab ade restoran sendiri.
Yang member aku ni pulak, kerjanya bukan calang-calang gak. Executive kat syarikat swasta. Gaji 3k keatas. Ceritanya macam ni. Baru-baru ni restoran suami dia diisytiharkan muflis. Kesian la si Fazura ni kena tanggung keluarga, beli barang dapur, bayar rumah, kereta, anak lagi…bla..bla..bla..
Yang suami dia pulak dok goyang kaki je. Anak-anak hantar kat mak si suami ni. Tapi bila sedara mare dok marah si lelaki ni yang tamo cari kerja, si Fazura ni marah kat sedara mare dia ni balik. Lepas tu sambung berlagak yang dia ni boleh tanggung semua. Yang si lelaki ni dah la tak keje, pastu tamo jage anak pulak tu. Mak mertua si Fazura la yang kena jaga.
Mak mertua si Fazura ni dah komplen. Anak jage ramai-ramai tapi sebulan dapat rm200 je. Kalau mampu sangat, hantar le kat nursery.
Hari-hari si Fazura ni kena bagi suami dia duit belanja. Si Fazura ni pon satu. Bukan nak suruh laki dia cari kerja.  Lagi, suami dia tu bukan lekat kat umah pon sebab baru-baru ni member aku yang lain, bernama Gaia, kena ngorat dengan suami si Fazura yang duduk bersidai melepak kat shopping complex macam budak ponteng sekolah takde arah tujuan.
Gaia cerita kat aku macam ni..
Suami Fazura : ‘’Phewiiiit..mantap se dia punya..’’
Gaia toleh..dua kali dia pandang takut salah orang. Pastu dia cakap dengan garangnye..’’oooo, ini kerja kau ye..kau ingat aku tak tahu kau tu laki si Fazura!’’
Suami Fazura cepat-cepat nyorok kat belakang member-member lepak dia tu. Gaia dengar laki si Fazura cakap ‘’ alamak..alamak..’’

Macam ni pon si Fazura nak bela lagi suami dia? Tak paham aku. Korang-korang nih jangan nak buat pe’el macam tu. Baik si suami, ataupun isteri.

Monday, June 21, 2010

ISLAM VS KATOLIK

berjam-jam aku duk melangut depan PC untuk habiskan bace blog ini:


BACE BAHAGIAN KOMEN DI BLOG KATOLIK.WORDPRESS.COM INI.. PERBAHASAN YANG BOLEH MENAMBAH ILMU.

sedikit petikan daripada belog ini,

muslim said:
"Kenapa kamu sembah patung yesus yang disalib? Dan saya nak tanya ada ke ayat yesus mengatakan. Sembahlah aku aku tuhan mu. ade ke?xdakan? Cuba bagi satu ayat je yang yesus mengatakan dengan tegas “aku adalah tuhan mu” atau pon “aku adalah ALLAH”. Pernyataan tegas yesus yang menyatakan dirinya tuhan@ALLAH xde dalam bible.
Saya nak tanya berapa banyak versi bible yang ada kat seluruh dunia?
Orang2 kristian yang kat luar contohnya eropah china singapore guna bible versi mana?
betul ke bible yang kamu guna itu benar?
Paderi yang paling tertinggi guna bible versi mana?"

Respons dari penganut katolik:
"Jika saya kemukakan ayat Alkitab yang awak minta, adakah awak akan terus memeluk agama Kristian? Jika tidak (seperti yang telah berlaku sebelum ini), kenapa awak terus mengemukakan soalan yang lebih kurang sama berulang-ulang kali?

Jesus saith to him: I am the way, and the truth, and the life. No man cometh to the Father, but by me. [John 14:6]
Daripada ayat suci Alkitab di atas, adakah awak akan menerima Yesus sebagai jalan keselamatan, kebenaran dan hidup. Adakah awak akan menerima Yesus kerana tanpa melalui Dia, tidak ada sesiapa yang boleh pergi kepada Bapa?
Jika ayat ini awak tidak dapat terima, maka awak juga akan menolak semua ayat Alkitab. Kenapa harus bersusah payah bercakap tentang Alkitab? Kenapa awak inginkan sangat ayat daripada Alkitab, adakah awak sekarang sudah menerima Alkitab sebagai Firman Tuhan Allah?"


p/s : bukan nak berlagak pandai atau menghina orang lain. just share ape yang dibace.

tag 23 perkara ..dari sally.

'just listkan 23 perkara tentang saya. tak kisah la either fact or mist' 


ITU YANG DI TAG OLEH MEMBER KLABING AKU, SI SALLY. bukan klabing kat night club ke hape. ni klab fotokreatif utmjb. banyaknye weyh 23..cheq cuba k..


1. tak makan pizza hut & kfc. (lidah kampong wey)
2. gilakan McD. (yang ini dikecualikan)
3. gila shopping tapi bile balik shopping mesti migraine sebab temperature shock sekejap sejuk sekejap panas.
4. rabun yang sangat teruk sampai spek terjatuh kat lantai pon still teraba-raba nak carik. sangat kasihan. sebab tu spek ni kaler hitam dan besar.

5. selalu bertekak dengan adek no 2 kat gambar atas ni.
6. sangat suke photoshooting self portraiture walaupun sedar tak cun.
7. hari-hari kena explore adobe photoshop tuk blaja benda baru. xde sape nak ajarkan. belajar sendiri dari internet.
8. tukang amek gambar orang kawen.




9. ade adek yang boleh dilayan untuk training skill aku photoshooting.
gambar yang diulang letak*

10. sangat layan cerita hindustan.
11. obses dengan kembar mary-kate & ashley olsen.
12. tak suka mandi laut sebab dah sedia hitam legam.
13. tak boleh nampak hantu.
14. pernah digelar goofy sebab gigi tak cantik.
15. pernah jugak dipanggil olive 'bini popye' sebab kurus kering. ( i'm working on my weight now)
16. kuat mengamuk.
17. cepat sejuk lepas mengamuk.
18. suka buat kerja last minit. hasilnya ok la kut.
19. suka membazir beli baju dinner yang hanya dipakai sekali sahaja.
20. gilakan flat shoes. (senang nak berlari time shooting)



21. admire senior-senior kelab fotokreatif utmjb yang berjaya meletakkan diri dalam industri fotogafi.
22. suka berblogging.
23. sukahati. wah..penatnyer nak abeskan..


habis dah..eh, belom lagi..cett, sally ni nak kena nih.


ok..tag kedue dalam tag yg same adalah kuiz bernassss ini..


1).Besides your lips , where is the favourite spot to get kissed ?
e'eh..mane nak tawu?

2). How did you feel when you  woke up this morning ?
 tired..coz migraine last night.

3). Who was the last person / people you took a photo with?
my sibling in light painting night photoshooting.

4). Would you consider yourself spoiled ?
yes coz sumtime spoil will create something awesome.




5). Will you ever donate blood ?
no. tak cukop weight.

6). Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
yup of course.

7) Do you want someone to be dead?
yahudi yang berkefahaman zionis. yes!


8. What does your last text message say ?
watpe tak tido lagi?

9. What are you thinking right now?
another photoshoot job.


1o. Do you want someone to be with you right now ?
yes. a skinny model with my new kostum yang dibeli dari bundle.

11. What was the time you went to bed last night ?

5 a.m. migraine x boleh tido lorr...

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?c
Padini. ade sales..rm9 je.

13. Is someone on your mind right now ?
yes. my bf.(honestly beb T_T)

14. Who was the last person(s) who text you ?
the bf.


TEN Lucky Person to do this quiz...
3. frank lampard
4. creativeheart
5. petisuara
6. marya hana
7. amirr rayyan
8. mr. schomey
9. nn


15. Who is no.2 having a relationship with ?
ntah.


16. Is no.3 a male or a female ?
male kut.

17. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
dunno. ask them la weh.

18. What is no.1 studying about ?
civil engineering.


19. When was the last time you chatted with them ?
no 1 je penah. yg len tak kenal.

20.Is no.4 single ?
nope.

21. Say something about no.2
hmm...


22. What do you think about no.3 & no.6 together ?
x buleh. pakwe yaya hensem woo.

23. Describe no.9 .
cute girl.

24. What will you do if no.6 n no.7 fight ?
diorang takkan gaduh sebab tak kenal pon. hape punye soklan da..

25. Do you like 8 ?
 ye sebab beliau sangat sengal dengan aku.
 
 
yeyeye..dah abes..penat buat. bai nak tido.