Wednesday, June 30, 2010

haish, pesen macam ni pon ade ke..

beberapa bulan yang lepas, aku ada menerima aduan yang mengatakan aku kurang membuat kerja. kerja hape? kerja edit serta print gambar untuk customer.

customer : saya bayar taw. kenapa album ni tak penuh?

aku : abang ambil pakej yang ada 80 kpg gambar sahaja. jadi, saya beri album dengan 80 kpg gambar sahaja. lagipun saya ada print extra 3 keping. jumlah ini biasanya memang tak penuh 1 album.

customer : saya peninglah..orang lain kawen, album lebih dari satu. saya ni, satu album pon tak penuh. editing pon tak semua. saya bayar tahu.

(adoyai, tak semua editing ade masukkan corak kerawang-kerawang atau text. camne nak bagi dia paham nih)

aku : abang, editing saya buat mengikut bajet pakej yang abang ambil. kalau abang tengok dvd gambar, gambar yang original dengan gambar yang saya dah cucikan tu lain. lain sebab saya dah edit.

customer : dahlah..bayar mahal-mahal. tapi album seketul tu pon tak penuh!

aik, aku pulak yang salah ke? aku tonggang tonggek ambil gmbr dia lebey dari sehari, walaupon bayaran dia juz tuk 1 hari je. itu pon nak salahkan aku tak buat kerja ke?.hui, susah kalau dalam fikiran dia " saya bayar tahu!" macam dia bayar harge sebuah kereta kat aku. kalau nak 1 album yang penuh dan extra editing berkerawang-kerawang, bersedialah untuk membayar servis extra jugak. harge pakej yang dia ambil ni, x dapek la kat mane-mane wedding photographer len sebab gambar aku tak la secantik mana tapi nilai seni itu still ada harganya..

pengantin yang saya ceritakan ini, tiada di fotopages ataupun di facebook kerana perkara-perkara tertentu. jadi, tak payah tahu siapa tuan pengantin ni.

jadi, pesanan khidmat masyarakat saya pada hari ini adalah janganlah kita hilang ingatan di saat @ selepas mendapat produk yang dijanjikan. ape yang dijanjikan, itulah yang akan dapat.


gambar hiasan~ pengantin yang ini sangat sempoi and wish to work with you all again.. majlis cukur jambul maybe..heehe

thanx to my asisstant, encik Burn ( abu bakar) sebab tolong siapkan album mase aku tengah demam. nasib baik dah habes edit. owh, a million of thanx juga kepada boni a.k.a najib sebab sudi jadi photographer jemputan dan juga editor jemputan dimana kerja editing aku telah dikurangkan bebanannya. ^_^ beliau lagi otai wo~ (nanti aku belanje makan kat rumah aku..huhu)

haha..burn da pening nak tampal 40 pages..jangan risau. kami tak langkah atau menyepak gambar customer.


for any enquiry, just email at neropink87@yahoo.com or call 013-6479353 (encik Burn) or PM at facebook.



p/s: PM tu hape? PM tu private message ^_^ ok..

9 comments:

Chybee said...

Kesiannye. Xpe2. Sabar jela. Kadang2 mmg ssh nk faham org ni. Anyway, gmbr u amik mmg cntik pon. Hihi...

halEEm said...

wah.. cubaan keja...
sabar... customer..
c:

Khai said...

rilex sis....
bior ler kt dier...
x sume cust bgus...
but remember..
customer always right.. :)

nn said...

after this kena make sure ada paper work lah kalau cemtu. leceh jugak an buat bisnes dengan orang hilang ingatan. huhu

fiqkbe said...

customer aritu pn samer je complain album dia x penuh. pakej 60 keping gmbr je.

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

haha..sabo aje la....huhu

nerdy nadea said...

chybee, thanx..lagi semangat nak belajar amek gambar dr chybee..



haleem, xde hal la..itulah rencah bisnes nih..



khai, betol2..customer is always right..sebab tu aku cerita supaya kita semua akan menjadi customer yang benar..heehe.



nn, paperwork memang ade..tp susah klo org tu x phm paperwork tu..



fiq, pakej ko ade yg 60 kpg gmbr je ea..ko amek brape? (bgtaw email: neropink87@yahoo.com)


azizee, eh memang kena sabar...klo x sabar x buat dah..heehe

muraisenja said...

hehehe.... pengalaman membuat kita lebih dewasa.... len kali buat perjajanjian bertulis pakej apa yg dia amik apa keistimewaan pakej tu dan keluarkan resit or invois setiap kali pembayaran di buat.... selamat bagi mengelakkan dia terlupa atau kita yang terlupa, keje biar smart walau income tak sebosar maner...

fmdc=fotomedia dot com (www.fotomedia.com) forum fotografi yg kira best gak lah ramai otai and pro photog utk berbincang and kongsi pengalaman

nerdy nadea said...

perjanjian bertulis telah pon dilakukan..n thanx a lot for inform..^_^ nanti sy join forum tuh;-)