Sunday, June 27, 2010

hati-hati bawa DSLR ke mana-mana...

nak kongsi dengan korang kalau bawa DSLR ke shopping mall, hati-hati ye. sukati la korang nak baca ke tak sebab sukati aku nak cerita. heehe;)

bab 1 : di deretan kedai kat taman perumahan.

aku drive and then dropkan adek aku untuk beli topup. sementara nak tunggu adek aku ni, aku shoot la stereng, and muke sendiri kat side mirror ni ha. sekali orang kedai tu perasan. die pandang aku dengan muka macam nak cakap " hoi, apesal ko amek gambar kedai aku?"..haha..ala, aku tak heran pon dia buat muka macam tu.

aku shoot je muka sendiri kat side mirror. lepas tu dia tunjuk penumbuk macam nak belasah aku. eleh, perasan betol la orang nak ambil gambar kedai dia yang tak berapa nice dalam framing aku nih. aku tahu mesti dia ingat aku nak ambil gambar kedai dia, then buat report kat penguasa sebab jual mercun. haha..part mercun tu aku hentam. adek aku naik je kereta, aku terus blah.. aku faham. tak boleh ambil gambar kedai dia.

ini semua sebab DSLR. kalo aku shoot pakai kemera henpon, takde hal la..pakai kemera besar sket, mule la nak marah. tak tahu la kedai lain macamne.


2. outlet / kedai / butik di shopping mall

dulu aku pernah pergi praktikal fotografer. mase tu hujan, ramai-ramai la duk berteduh kat dalam shopping mall. then, one of my junior nak shoot signboard kat satu outlet tu. tetiba pak gad datang kat dia tegur yang itu adalah satu kesalahan. tak boleh ambil gambar sesuka hati.

pak gad tanye siapa ketuanya. adoiyai..mase tu aku pengarah praktikal ni. aku kena hantar oleh pak gad tu ke pejabat shopping mall itu. sampai bilik manager mall tu, dia soal siasat aku macam la aku ni reporter ke hape kan. then aku explain bla..bla..bla..

dia ambil ic, lesen and kad pelajar aku. potostat. nak berkenalan gamaknye kot. teehee ^_^ lepas tu dia lepaskan aku dengan pelbagai syarat. takpe, aku tak marah pon junior tu sebab aku tak pesan awal-awal. lupa.

then pak gad tu pulak yang mintak maaf kat aku. pehal ntah. dia ingat aku lepas dari manager dia, aku tak kena pape la kot. salah dia la tu dia pikir kot. huhu..xpe, hangpa tak salah na..


lagi, aku pon pernah ditegur lagi di shopping mall lagi sebab aku nak shoot human. bukan alien atau kedai-kedai outlet-outlet butik-butik. pakgad marah. "camera not allowed"..ala, kemera henpon boleh jer...ingat kemera 8 MP tu tak dapat details macam DSLR ke..haish..ni yang malasssss sangat nak bawak kemera gedabak ke mall nih.


3. di luar shopping mall.

hati-hati sebab takut orang ragut. hehe..setakat ambil gambar kat window ni tak pe. ;-)

with tasya kat dataran pahlawan mega mall.


ok dah. chow.


pee/ass : shopping is a good teraphy ^_^

17 comments:

fiq said...

aku la budak yang kena marah ngan pak guard tu. teettt... ngaku salah siap2 =P

nn said...

pernah kena marah ramai-ramai dengan owner kedai buku kecik mamak punya tu sebab amek gambar. pakai handphone tapi. -_- next week pergi situ lagi terus ada sign no camera allowed. bahaha

nurul nadia said...

fiq, aku x sebut. ko yg ngaku sendiri..haha..dia x marah. nasihat jer..heehe ^_^



nn, oooo pakai kekmera henpon xleh ye..hmm, kena hati-hati jugak ni..

fiq said...

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan.
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan =P

zulkbo said...

salam..
fotogenik jer
you ni di mana2
thanks for info

muraisenja said...

nadea jom outing putrajaya seronok2 jer ader dua tiga member lain ikut ngan model baru belajar.... nak try main storbist .... boleh kongsi ilmu dan pengalaman.. tarikh 4/7/10

muraisenja said...

oppppssss sori 3 ari bulan

Khai The Kerozer said...

kwn aku penah snap pic kt fitting room smbil pkai bju yg dier try 2...last2 kne marah ngan auntie yg keje kt ctu..ble tnye mne taw dier tnkp pic..auntie tu ckp nmpk flash...igtkn dier skodeng...kui3...

nurul nadia said...

muraisenja, awat jauh nau..kalau buat kt melaka maybe bole pergi..sorry ye tak buleh la sebab komitmen kat sini.. plus tolong mak meniaga lg.. nak sangat belajar strobist tu..saye memang dah lame mengidam nk belajar strobist ni.x mampu nak beli brg2 dia, maybe DIY pakai bhn2 terbuang je kot..hehe..

muraisenja duk melaka kan? area mane?

nurul nadia said...

khai, aku rase nyonya tu ade pasang cctv la..nak skodeng member ko tu..haha..la, fitting room tu kan dah terang. wat pe la nak on flash..lawak la..abes tu, dia suh delete ke gmbr tuh? haha

Khai The Kerozer said...

haha...xde mknenyer nk del pic tu..
dlm fitting room tu xde lmpu..arap lmpu luar jer...2 yang gne flash tuu
last2 ble kwn ak aim cmera dier kt auntie tu...cpt2 auntie senyum n wt peace..hak3..giler gmbr gak auntie 2..kekeke

muraisenja said...

sy area cheng, tak per nnt kalau senang2 bleh kite tt kot. awal bulan aritu ader outing kt empangan Durian Tunggal. nadea ade join FMDC tak?

muraisenja said...

meniaga aper...kt maner

FyZa said...

cita 1st 2 sgt menarik..x plak tokey kedai 2 dtg tnya ke hapa ek..stakat tnjuk eksen penumbuk ja? huhu

nurul nadia said...

encik muraisenja, FMDC tu hape? ^_^ saye br 2 bulan kat melaka ni. br je abes blaja dr UTM. skang tgh freelance..mak meniaga hantar makanan ke gerai2. x jual sendiri.

opis kat cheng ke?


fyza, tu la pasal..memula cuak gak..ha3

nurul nadia said...

khai, siyes auntie tu buat peace.?.ha3..klu aku, x kuasa nak shoot auntie tu..klo amoi x pe gak..haha..gigam..gigam..

pete said...

penah gk.
time tu kt monorail kl sentral.
sementara tunggu awek aku,aku tgkp la gmbr budak2 kat situ.
pastu pakcik jual goreng pisang kat situ mai kat aku.
dia kata "tgkp gmbr abg ka?kalo report kat sapa2,siap!"
dia warning aku dia igt aku reporter kot.
tah2 dia bukak kedai goreng pisang xdak lesen.