Tuesday, June 22, 2010

"saya nak suami kaya"

'‘saya nak suami kaya'’
Nah. Hamek ko. Aku tak taw la salah sape dalam hal ni. Kejadian ni berlaku kepada orang yang aku kenal iaitu kawan aku sendiri.
Perempuan ni member aku. Aku namakan dia Fazura. Dia ni dah kawen dan ada anak. Dulu sebelum kawen, bukan maen lagi berlagak nak suami kaya. Lepas tu dapat la lelaki kaya untuk dibuat suami. Suami dia agak kaya la sebab ade restoran sendiri.
Yang member aku ni pulak, kerjanya bukan calang-calang gak. Executive kat syarikat swasta. Gaji 3k keatas. Ceritanya macam ni. Baru-baru ni restoran suami dia diisytiharkan muflis. Kesian la si Fazura ni kena tanggung keluarga, beli barang dapur, bayar rumah, kereta, anak lagi…bla..bla..bla..
Yang suami dia pulak dok goyang kaki je. Anak-anak hantar kat mak si suami ni. Tapi bila sedara mare dok marah si lelaki ni yang tamo cari kerja, si Fazura ni marah kat sedara mare dia ni balik. Lepas tu sambung berlagak yang dia ni boleh tanggung semua. Yang si lelaki ni dah la tak keje, pastu tamo jage anak pulak tu. Mak mertua si Fazura la yang kena jaga.
Mak mertua si Fazura ni dah komplen. Anak jage ramai-ramai tapi sebulan dapat rm200 je. Kalau mampu sangat, hantar le kat nursery.
Hari-hari si Fazura ni kena bagi suami dia duit belanja. Si Fazura ni pon satu. Bukan nak suruh laki dia cari kerja.  Lagi, suami dia tu bukan lekat kat umah pon sebab baru-baru ni member aku yang lain, bernama Gaia, kena ngorat dengan suami si Fazura yang duduk bersidai melepak kat shopping complex macam budak ponteng sekolah takde arah tujuan.
Gaia cerita kat aku macam ni..
Suami Fazura : ‘’Phewiiiit..mantap se dia punya..’’
Gaia toleh..dua kali dia pandang takut salah orang. Pastu dia cakap dengan garangnye..’’oooo, ini kerja kau ye..kau ingat aku tak tahu kau tu laki si Fazura!’’
Suami Fazura cepat-cepat nyorok kat belakang member-member lepak dia tu. Gaia dengar laki si Fazura cakap ‘’ alamak..alamak..’’

Macam ni pon si Fazura nak bela lagi suami dia? Tak paham aku. Korang-korang nih jangan nak buat pe’el macam tu. Baik si suami, ataupun isteri.

8 comments:

Khai said...

ko da tukar profesion jd tukang gosip ker?? hehe

huhu..btw..entry yg bagus di buat peringatan..tahniah.. :D

Anonymous said...

mnx la suami yg soleh....toing3...

Chybee said...

haish...ni la nama bila dah syg jadi buta. tak patot betul. sedih dgr cerita rumah tangga cmni. doa2 xjadi kt diri sendiri

Encik Psychopath said...

saya tak kaya :(

halEEm said...

dunia....

nn said...

taknaklah cari yang kaya macam ni.

fiziskandarz said...

haish macam2 citer.. sungguh drama macam citer kat tv la pulak

nerdy nadea said...

khai, kt blog ni, ko jgn terkejut bile aku buat jualan langsung plak..ko tgk kat label 'spoil hapen'. macam2 gosip ade..sbg peringatan buat kita ok;-)


uncle haire, alhmdulillah..dpt dah..hr2 dok berleter menasihatkan ak yg degil nih...



chybee, betol2...syg jd buta..pasal tggjawab dah x kesah..



frank, ko g maen bola x kaye2 lg ke?


haleem, dunia skang sume nak pakai duit..mintx2 dijauhi suami yg macam ini.



nn, ni bukan kaya. kayap ade la.



fiziskandarz, ni yg aku terkilan nih. drama tv ni jd kt kawan sendiri....