Thursday, August 5, 2010

interview yang hampir terbatal - aku tetap cool.

baju kurung dengan tudung topi keledar kibab adek aku punya. kasut bertutup. make up ala kadar dengan eye liner and lip ice sahaja. pergh, smart giler untuk interview. heh.


bertolak pukul 6.50 a.m.sampai ke destinasi pukul 7.32 a.m.interview start pukul 8 tapi keadaan hall dah crowded giler.


perasaan konfiden tahap perasan bagus. semua hal ehwal isu semasa penuh terletak dalam otak kiri kanan atas bawah.


amek ujian hal ehwal kendiri sebanyak 135 soalan dalam masa 30 minit. laju giler buat sampai buleh semak 3 kali. huh.


then, kena serah surat ijazah, sijil segala dari zaman sekolah sampai uni. tiba-tiba..


" ini tak boleh ni. surat senat ijazah ni tak boleh pakai"


ok, tahap konfiden mulai kendur. " ala encik, tak boleh tolong ke. ini pun dah kira surat senat la ni"


encik urusetia, " tak boleh. kalau macam ni, awak memang tak layak untuk ditemuduga. awak perlu dapatkan surat senat dari universiti dulu. kalau ada, datang sini sebelum pukul 4, kalau tak awak kena mohon lain kali"


dem! penat aku prepare segala tiba-tiba surat senat tak laku. aku rasa aku tak dapat pun lagi surat senat tu. aku rasa pembaziran tenaga iron baju dan touch up mekap.

balik~

kesal + hampa.


balik rumah, tiba-tiba jumpa surat senat ni kat mail pocket rumah. haha. membazir je aku dok nanges teresak-esak sepanjang drive balik rumah. nangis sebab dihalau dari interbiu ok. bukan saja-saja nak mengada-ngada.


drive balik ke tempat interbiu dengan pecutan 100 km/j. heh..


aku tetap cool walaupon dah nangis berliter-liter air mata. buat malu kerabat je.


interview going well. huh. macam diari harian pulak penulisan kali ni.

balik interbiu bantai tido.muka memang sumpah serabai macam ni~. qadak balik tidur-tidur semalam yang asyik debar + study + risau + google.

13 comments:

nn said...

memang takdir kot! nasib sangat baik!

nurul nadea said...

aku asik dok pikir je ape hikmahnya..heh..

Khai The Kerozer said...

haha..mujur ko dpt gak intebiu tu...

usha blog aku..tlg komen pic yg aku snap..hehe

::FAIZ FARISH:: said...

hahaha, gambar sangatla... klakar...

naz said...

lain kali lain kali ada lagi :)

emezul said...

peh nad.. mmg ujian yang berat.. aku pon kene ujian gak.. xbawak surat beranak..pastu selongkar xjumpe..
selamat time tu nk g toilet melepas..dlm toilet bru igat trok mane..mmg time tu nk nages je la kejenye..
ngn hp ilang kad pgnln ilang.. lagi la gelabah.. kite ni mmg de chemistry yg bek la.. hahahha

pika said...

hahaha nasib baek;)

FaizalSulaiman said...

perghh sib baik owh:)

keryoki said...

pergh..terbaik ah..nasib baik ada..kalau tak ada mesti terus menangis..hee

hentakbelipat said...

kehkeh..nagis awal sgt tuh...doa2 smoga diterima ok!

nurul nadea said...

khai, yep..i got da intebiu..=)


faiz, badan dgn rambut bukan aku ocay..



naz, OMG..tamo lain kali..lambat nak apply lambat dpt keje..



eme, hhahahaha..aku silap surat senat la eme..



pika, alhmdllh..nasib memang baik hari ini,..


faizal, klo x sib baik aku nabges guling2..heh..


keryoki, sepanjang drive nanges sampai spek kabur x nmpak jalan..haha


hazwan, aaaminnnnnnn~

Peminat Katie Holmes said...

haha..
takpa2.
kira ada la pengalaman kena reject.

LORD ZARA 札拉 said...

lucky semuanya baik2 saja buat kamu dear~

moga2 yg terbaik buat kamu~

:)