tadi adek aku, balik sekolah terus cerita, kat sekolah ada cikgu lempang murid sampai pengsan.
murid tu kurang ajar. cikgu tu baru menapak nak masuk kelas dengan niat nak mengajar murid supaya bagi cukup ajar, tiba-tiba murid tu cakap dengan lantang:
"cikgu ni menyemak je masuk kelas ni"
cikgu tu pon hape lagi. "paaaannngg" kat pipi murid tuh. terus terhantuk kat papan hitam. lepas tu jatuh. PENGSAN.
aku rasa bukan cikgu tu yang buat dia pengsan. papan hitam tu yang buat. so, polis sila saman papan hitam itu.
bila sedar je dari pengsan, budak tu terus pegang pipi. sakit kot. hmm, memang sakit sebab aku pernah rasa.
tapi aku pernah dilempang bukan sebab aku kurang ajar ke cakap bukan-bukan ke hape. sebab tak buat kerja sekolah. masa tu darjah 4. buku kerja matematik tebal giler aku tak pernah buat dari muka surat first sampai last. eh. topik last aku buat. sebab tu aku berani hantar. aku ingat cikgu tak check yang mukasurat lepas-lepas. nama kena panggil depan, then "pang"..tak pengsan la. nangis je. padan muka aku. lepas tu darjah 5 kena lagi. heh~
adek-adek sekalian, jangan la kurang ajar dengan cikgu-cikgu. diorang tu kalau tak halalkan ilmu yang diorang ajar, memang tak berkat la hidup kau.
pee/ass :cikgu yang pernah lempang aku, terima kasih cikgu sebab spm aku mod math dengan add math dua-dua dapat A. heh~
4 comments:
cikgu marah bukan tak sayang. dia marah sebab sayang lah.sebab nak menegur kesilapan kita. kan?
Marah sb syg....sya pon pnh kne lempang masa djh 2..sb x dpt beza kan mouse dgn mosque! sadis2...smpy skg pon msh egt lg...isk3
faizal, betol..strongly agreeee..ko penah kene syg mcm tu? hehe
shasha, comel gile ko drjh 2..hehe..yup..sbb syg..
Post a Comment