Tuesday, August 31, 2010

edisi 31 ogos 2010


sempena 31 ogos 2010, aku sebagai si kakak telah menganjurkan pertandingan melukis bendera buat adek-adek yang aku babysitt kan. peserta seramai 2 orang sahaja. hasil lukisan diatas atas adalah hasil ayubi yang berumur 5 tahun. tengok budak lima tahun pon boleh imagine macamana bendera tu tanpa melihat rujukan atau mana-mana bendera. bintang kuning tu da macam rambutan aku tengok. takpe, kita lihat hasil peserta kedua.


aku rasa yang biru tu je bendera tapi kaler polos tanpa corak. ini hasil kakak si ayubi tadi yang berumur 6 tahun. cett, malu je. adek dia lagi tahu macamana bendera malaysia.

sekian sahaja pertandingan melukis. pemenang akan dapat coklat berbentuk bola yang seposen dapat 2.

oh, semalam adek aku pergi koir kat sekolah. siap pakai uniform 1 malaysia lagi. dan koir lagu 1 malaysia.


budak sekolah semua tahu nanti lagu 1 malaysia. korang tahu? aku tak tahu. lirik tahu la boleh google tapi nak nanyi tu...haih..

Monday, August 30, 2010

nak kena maki dengan aku, silalah buat macam ni.

" hello, kak nadea, saya nak tempah akak untuk photoshoot raya bleh?"

aku paling benci bila orang panggil aku kakak. " sape ni? saya kenal ke?"

budak tu, " nama saya syakir. "

aku kompom tak kenal. " adek nak book photoshoot tarikh bila?"

" hari raya ke-3" tangan aku dah siap tulis kat annual planner.

"dek, akak tak kompom la bleh ke tak raya ke 3. nanti akak call kompomkan ok.."

budak tu gelak-gelak.." akak tak kenal saya ke?"

"eh, akak kenal ke?"

budak tu gelak lagi. " ni aku la, meon. sial la ko tak kenal suara aku!"

" babi cilanat ko. ko mainkan aku pasal bisnes ni!!^&*$%^$%"

"ko la lakhanat tak kenal suara aku."

geramnye aku, " BAB 1 BAB 1 BAB 1 !!!!!!!" dan terus hang up.


aku paling pantang orang main-mainkan aku bab bisnes ni. da siap tulis dah tuk bagi harga pakej. dah tulis pakai pen takleh padam. heh~ bodoh. aku masuk toilet, mata aku dah panas. sedih kot. tapi more to geram gila babi. aku dah lama takde job ni. sekali dapat job baru nak happy, ade pulak makhluk main-mainkan aku. siap kau meon. jaga kau. konvo nanti kau hutang aku lunch kat mekdi.

tak baik buat prank call ni. lebih-lebih di bulan puasa. memang nak kurangkan pahala.

meon, sampai hati ko..


pee/ass : caught in fever. ishq..ishq..

Sunday, August 29, 2010

semalam dan hari ini

semalam


semalam pergi tesco. mak cari baju raya. cari lauk. cari sayur. lama giler berdiri rasa nak pitam+muntah. len kali duduk rumah!


sebelum keluar rumah semalam, aku ingatkan nak pair kan seluar hijau ni dengan baby T oren. adek aku cakap nanti tak pasal-pasal orang kat tesco ingat aku bangla yang kerje kat situ..keh.keh..black shirt selamat ok.

balik rumah terus migraine. haish.


hari ini

mak pergi TESCO lagi!!! sebab nak tukar baju. sempit plak. aku hape lagi volunteer nak duduk rumah. tapi bukan dudukgoyang bontot saje. kena babysitt beberapa makhluk nakal yang comel. penat suh tido tapi tak mau mau..yang besar aku bagi paper dengan crayon, yang kecil aku jadikan part time model tak berbayar.


budak aleesya ni selalu kena tipu kot. dia ingat aku mama dia. celik mata nampak aku. nak tido balik rumah pon nampak aku dulu. kalau nak dukung, orang lain tamo. aku jugak.

macam nenek takde gigi. memang takde gigi pon. baru 6 bulan.

oklah. si babysitter ni nak buaikan si aleesya tido. sementara tunggu mak balik dari tesco. lama giler mak pergi. dari kol 10 tadi. skang nak dekat pukul 1 dah. ni yang jeles ni. adek aku no. 2 dapat baju raya lebih. aku?


pee/ass : takpe..takpe..baju raya aku, aku DIY la ape yang patut..

Saturday, August 28, 2010

late night supper # 02


nugget chocolate. fried the nugget and sprinkle the choclate particles. its cadbury hazelnut choc actually.


enjoy the meal...hehehe..DO NOT TRY THIS AT HOME or u'll get dizzy after you eat it..hahaha..

tapi not bad..sedap. macam strowberi celup cokelat.

atas kepala aku, ada tali kasut. heh~


pee/ass : this is yesterday late night supper..

Friday, August 27, 2010

Malaysia, Indonesia....?

RAKYAT INDONESIA TUNJUK PERASAAN PIJAK BENDERA MALAYSIA DAN BALING NAJIS KE KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA.


Bila dah jadi macam ni, tak semua indonesian jahat. tak semua yang perangai macam orang yang tak bertamadun. tapi tak semua juga yang baik. tak semua juga yang berperangai macam masyarakat bertamadun.

aku bukan nak menyebelahi mana-mana pihak tapi malaysian ada jugak yang perangai macam tahi. menyebabkan mungkin mereka terpaksa baling tahi. pijak bendera. malaysian pun ada orang gaji indonesian yang didera. tak kurang juga anak majikan malaysian yang orang gaji indonesian dera. tapi malaysia juga ada yang baik. hulur bantuan kepada mereka tanpa mengharapkan balasan balik. izinkan indonesian mencari rezeki di malaysia. buat diorang jadi kaya.

tapi ahh..dua-dua negara ada pro and con. ada positive and negative. manusia. ada emosi.ada cara nak mempsikologikan diri. ada cara nak mengekspreskan diri. cuma cara tu ada kena dan tak kena. bermaruah atau bermurahan. manusia yang bertamadun akan menggunakan cara melalui saluran yang betul. 


ahh..tiba-tiba aku rasa nak tulis surat kepada perdana menteri.


"kehadapan perdana menteri yang disegani,

nama saya nadea. dan saya bukan pengganas"

ok, sangat tak lawak. SAYA SAYANG MALAYSIA.

daripada dipijak-pijak, buat baju ok ape..

nasib baik takde orang buang bayi guna bendera malaysia.
" orang yang berjuang untuk negara besar ganjaran pahalanya. malah mempertahankannya adalah jihad. kalau mati tak perlu dimandikan. memburukkan negara pula, besar dosanya" - jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


pee/ass : tiba-tiba aku join politik. wooh~

lupa plak..KEMPEN 1 BLOG 1 BENDERA. tapi aku ni dah lebeh letak gambar bendera nih. dengan aku-aku sekali jadi bendera.

baju kurung lace



OMG. can i copy the design? from oldblossom. baju kurung lace.

mak : kakak nak baju kurung lace?

aku : eh,macam orang ngantuk disorongkan bantal plak. NAKKKKK..

heh~ " tapi mak, nak macam oldblossom punya. taknak kain yang macam zaman mak-mak dulu"


pee/ass : got to ask jezmine if i can make it myself the baju kurung.

Thursday, August 26, 2010

budak zaman kini

aku jeles betol dengan budak sekolah zaman sekarang nih. ada henpon, laptop/pc, DSLR,  internet games, fesbuk dan berbagai macam entertainment lain yang aku tak pernah rasa dulu. paling bangsat pon masa matrik aku baru kenal frenster. lambat betol. perbualan kat sekolah pon pasal fb, blog etc..pergi sekolah pon ada yang pakai kereta, motor. zaman dah berubah. lagi kalau kena marah sket kat sekolah, mak bapak dah datang saman, marah-marah. tapi bab-bab kemanjaan ni aku tak jeles langsung. pegi mati arr.



budak-budak sekarang, kena marah dengan mak bapak sket dah memberontak. status kat fb dah emo. heh~

ni adek aku. fakta : nak lari dari rumah, last month. status : dah lari pon. kau duduk kat rumah orang jangan nak menyusahkan orang plak. kalau nak balik rumah, balik je. tak payah nak tunggu dipujuk. manja sangat!



pee/ass : korang budak-budak skool jangan nak tiru pe'el macam dia ni plak. aku hempuk dengan sofa kang.

lempang

semalam aku berbuka lempeng cicah sambal tumis. slurrppp..macam bunyi air aku mentedarah. oh, aku bukan nak cerita pasal aku berbuka hape or termakan tahi hidung lagi ke tak. aku nak kisahkan sket pasal lempang.

tadi adek aku, balik sekolah terus cerita, kat sekolah ada cikgu lempang murid sampai pengsan.

murid tu kurang ajar. cikgu tu baru menapak nak masuk kelas dengan niat nak mengajar murid supaya bagi cukup ajar, tiba-tiba murid tu cakap dengan lantang:

"cikgu ni menyemak je masuk kelas ni"

cikgu tu pon hape lagi.  "paaaannngg" kat pipi murid tuh. terus terhantuk kat papan hitam. lepas tu jatuh. PENGSAN.

aku rasa bukan cikgu tu yang buat dia pengsan. papan hitam tu yang buat. so, polis sila saman papan hitam itu.

bila sedar je dari pengsan, budak tu terus pegang pipi. sakit kot. hmm, memang sakit sebab aku pernah rasa.


tapi aku pernah dilempang bukan sebab aku kurang ajar ke cakap bukan-bukan ke hape. sebab tak buat kerja sekolah. masa tu darjah 4. buku kerja matematik tebal giler aku tak pernah buat dari muka surat first sampai last. eh. topik last aku buat. sebab tu aku berani hantar. aku ingat cikgu tak check yang mukasurat lepas-lepas. nama kena panggil depan, then "pang"..tak pengsan la. nangis je. padan muka aku. lepas tu darjah 5 kena lagi. heh~


adek-adek sekalian, jangan la kurang ajar dengan cikgu-cikgu. diorang tu kalau tak halalkan ilmu yang diorang ajar, memang tak berkat la hidup kau.


pee/ass :cikgu yang pernah lempang aku, terima kasih cikgu sebab spm aku mod math dengan add math dua-dua dapat A. heh~

Wednesday, August 25, 2010

hitam dan putih

hitam selalu dilihat jahat. putih selalu dilihat suci. tapi kadang-kadang hitam itu menawan dan bagus dan putih itu menyilaukan, menyesakkan..


ok, takde benda nak tulis sebenarnya. unplanned. so, bila boring aku akan join contest.


black and white contest by encik creativeheart. here the photo :


ok encik creativeheart, hutang tag langsai ye ^_^. menang kalah tak kisah. meriahkan majlis kontes =)


kene tag ye..hmm, aku tag semua yang baca entry ni.


pee/ass : gudnyte everybody.

Tuesday, August 24, 2010

nampak SKEMA | DIY

NAMPAK 10 TAHUN LAGI MUDA TAK? keh..keh..rasa macam nak jadi cikgu tadika plak.



sebenarnya aku tengok majalah remaja bulan ogos ni ada liyana jasmay gayakan reben kat kepala dia. lagi satu aku tengok scha al yahya gayakan ribbon kat kepala masa hoskan 'kata kau'. tak lupa juga pengaruh butik jazmine old blossom.so, aku pon nak jugaklah. nak beli macam biasa agak kedekut. buka agak, dah memang dasar kedekut nak mamp*.


so, bahan recycle banyak kat rumah ni.


ribbon do it yourself. DIY ribbon.

 baju adek yang dah tak muat dan cebisan jeans yang aku potong sebab buat short pant kat rumah.

tada~ tiba-tiba dah siap. ala, macam tak boleh pikir sendiri how to do it right..potong kain 4 segi, kepit tali reben kecik kat tengah-tengah supaya membentuk reben bow.

lepas tu buat-buat beg skema plak..heh. (beg free dari majalah seventeen)


oh, mula-mula buat rambut. pastu menggedix. at last rambut tak jadi curl pon. dem! skema look ok.


hape nak buat. dah hoby aku buat self portraiture. disamping itu juga buleh aku test lighting experiment.

ni lighting gaya left side. cett. takde terma ini dalam fotografi k. aku saje memandai-mandai. chow.


pee/ass : backdrop puzzle-puzzle yang digam ke dinding.

Monday, August 23, 2010

first time naik flight

tiket flight dah ready.

bag da pack.

kete dah siap-siap nak hantar kitorang pegi airport.

oh yes, finally my mum bagi lampu hijau untuk aku dengan member fly pegi LONDON. tak sabar nak pegi konsert kelli klaksen. nak menyanyi sekali terjerit-jerit. lepas tu nak tangkap boipren mat saleh sorang dua.

sampai je airport, terus on time nak naik kapal terbang. eksaited sebab tak pernah naik kapal terbang. bila nak berlepas je aku terdengar suara pramugari yang macam pernah aku dengar tapi dimana??


"kak, sahur"

"bangun sahur kak. kang mak simbah dengan air kelapa ni"

"BANGUNNNN!!"


ish~ potong stim betol la..baru nak rasa pengalaman pes time naik flight.

 wif courtesy from gugel

pee/ass : kecewa~

Sunday, August 22, 2010

hantu raya | jom shopping

kuang hajau ko arina! rilek la mak..kunci kete kat akak..heh..heh~

selamat bershopping raya semua =)



pee/ass : shopping sunday yang sumpah jam gila vavi~!

Saturday, August 21, 2010

masin

lepas berbuka tadi takde pencuci mulot macam biasa. so, gamble la. cuci mulot dengan air paip sudah. lepas tu aku korek hidung.

tengah sedap-sedap korek hidung tiba-tiba adek aku tertolak dari belakang.

blurp..termakan tahi hidung sket. hmm..MASIN.

aku pon google mengenai tahi hidung.

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria. golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

sumber penuh disini.


pee/ass : aku rasa lebih sihat, gembira dan sensitif skang. wooh~ =) 

Friday, August 20, 2010

sedara takpe ea?

jumpa fotografer veteran buat aku eksaited nak bertanya itu ini bla.bla. bla. kitorang terserempak kat kedai gambar. nak cuci gambar wedding. sama-sama tak kenal. tapi bila tukang amek gambar jumpa fotografer, terus jadi macam kenal. heh.


dari perbincangan pasal teknik fotografi terkini sampai la bab-bab payment. aku tanya dia macam mana dia deal dengan customer yang merangkap saudara sendiri.


rata-rata dia cakap semua tak bayar. atas tiket saudara, deposit tak hamek, then bila da dapat album terus hilang tak berbunyi.


so far aku tak pernah lagi shoot majlis saudara sendiri. takut jugak kalo duit modal pon tak bagi. editing dah la lenguh sampai sakit belakang ngadap komputer dengan pening nak susun gambar dalam album lagi.


tapi aku tak la sejahat nak letak harga tinggi kalau saudara sendiri mintak shoot majlis hape-hape ke. tapi tak FREE. hehe. sebab mata yang shoot through viewfinder ni, jangkahayat boleh turun beb. bayangkan kalo 1000 kali snap dengan flash menyilaukan mata. tak ke mengganggu kesihatan mata.


jadi wahai sedara mara yang ada sedara fotografer, reasonable la sket ye ^_^. equipment tu bukan ada insuran pon.


bila dah abes sesi talk-talk gossip gossip, fotografer veteran tu nama dia abg shah, usha gambar-gambar yang aku shoot.


dia cakap angle gambar aku angle orang muda. dia komen gambar aku angle panjat-panjat, corner baring, random shoot. then hamek la tips ape yang patot dari dia. aku ni merangkak dalam kegelapan lagi in photography world.

(sanggul lintang. adat kat negeri melaka)


sekian. sebenarnya aku tak pandai nak menulis penutup bagi karangan rawak macam ni. bai. (tiba-tiba =_=)

late night supper

so sweet. vanilla ice-cream + milo + choc. rice + kitkat bar. ADA BERAN? heh.

oh..so comel the taste of the ice-cream ^_^. so, tukang makan kena la buat-buat comel gak dengan membesarkan mata. WOHA~


pee/ass : bosan dowh. tadi tengok ghost whisper tapi rupanya dah tengok siri tu. hmm, makan eskrim lagi bessh =)

Thursday, August 19, 2010

sapa ada jawapan?

aku teringin nak tahu:

1) apa rasa gigitan cinta? best sangat ke..

2) rasa french kiss. lidah sape masuk dulu?

3) seks bebas. lagi best ke buat sebelum berkahwin?

photo from google.

4) ape perasaan lepas dapat tahu termengandung anak luar nikah?

5) seronok tak buang-buang anak dalam tong sampah, semak, sungai, tanam, depan masjid dan depan rumah orang? SERONOK?


sapa-sapa ade jawapan? anonymous pon buleh drop komen.

Wednesday, August 18, 2010

klinik free sarkastik

tadi around pukul 9.50 p.m, aku pegi hantar adik aku, akim ke klinik free. ini kali kedua. dulu apit. masa nak daftar, misi kat kaunter tu cakap :

pernah datang sini? yang tercegat berdiri tu kenapa. kerusi yang sedia ni nak buat ape?


malu aku kena kata macam tu. ok, aku duduk.
bila dah daftar segala, tunggu turn nak masuk bilik doktor.

sampai kat bilik doktor, doktor cakap :

kenapa datang malam-malam ni. ubat dah la banyak takde ni. kenapa tak datang siang-siang? kenapa tak pergi klinik kerajaan terdekat je?


adek aku diam. aku yang kat bilik doktor tu pon diam. kalau nada suara doktor tu meninggi, aku lawan. nasib baik suara doktor tu mendatar. sepatutnya doktor kena cakap : " sakit ape?" atau "apa masalahnya ni?".


persoalan doktor yang tak sempat aku jawab meh aku jawab kat sini.

"kenapa datang malam-malam ni."

sebab siang adik saya sekolah sampai petang. balik sekolah terus dah nak masuk waktu berbuka. tak sempat pun nak pergi mana-mana. yang sakit adek saya bukan saya. kalau saya tak hingin nak datang sini.


"ubat dah la banyak takde ni."

kalau macam tu tak payah bukak klinik kan senang. klinik takde ubat. heh. lagi senang doctor tulis je prescription, saya pegi beli sendiri ubat tu kat farmasi. alasan macam tu tidak diterima oleh akal saya.


"kenapa tak datang siang-siang?"

jawapan saya sama seperti soalan pertama tadi.


"kenapa tak pergi klinik kerajaan terdekat je?"

sebab dah tutup! maaflah sebab dah susahkan doktor. saya tak tahu pulak yang doktor kat sini tak terima pesakit yang tempat tinggalnya jauh setengah jam. ataupun doktor ni sebenarnya malas nak rawat pesakit.




oklah. nama klinik je mesra alam tapi ayat sarkastik. mungkin doktor tu penat. mungkin juga tension. mungkin juga datang bulan. mungkin juga tak sempat berbuka best-best sebab kena stay kat klinik. mungkin juga berbuka dengan ubat-ubatan disitu sehingga ubat2 di situ kehabisan untuk pesakit.

mungkin aku juga yang salah. salah sebab nak jimat, kena la pergi ke klinik free. kalau klinik swasta, kompom kene rm40.


pee/ass : hanya seorang doktor dan 2 orang misi saja yang terlibat dalam cerita ini. lain kali kalau emergency kena datang kat klinik tu lagi, aku lawan balik ayat kau tu. jaga kau!

cak~

cak ^_^..selamat berbuka kejap lagi..

penulis blog ni kena jaga saya. padan muka saya kacau dia main internet. nak ajak dia main looklet.com lah. k bai.


pee/ass :by the way, nama saya ummi aleesya.

seks running sampai 15 kali satu malam | taubatlah..

babak 1.

borak dengan member. member lama. member satu kepala. member satu tempat belajar dulu. dia dinamakan dengan Joe.

tiba-tiba joe "aku nak tobat lah nad."

"ko buat dosa besar ke joe?"

"ha'a. aku takut Tuhan tak terima tobat aku."

"Allah kan maha pengampun. hape yang ko dah buat?" aku pandang muka joe. lama. pandangan polos tanpa nafsu.

" aku..." bla...bla..bla..tolak tarik nak cerita ke tak dan akhirnya kena paksa dengan aku supaya cerita gak. sengaja pendekkan perbualan.

"aku dah 2 tahun bercinta dengan awek aku."

"oh.."

joe sambung, "selama aku bercinta ni, aku dah bersekedudukan dengan dia. hidup kitorang dah macam suami isteri."

ok, part ni memang aku tak sekepala dengan Joe. " astaghfirullahalazim... abes tu awek ko tak pregnant?"

"aku pakai protection lerr."

"oh..memang patut ko bertobat."


babak 2.

roy dengan aku baru kenal. kenal-kenal ayam je. tapi dia buleh cerita benda ni kat aku.

roy : nadea, last week aku pergi hotel marco.

aku : ko buat ape?

roy : hape lagi. buat seks lah. perempuan tu yang menyerah. nak sangat. aku on je la.

aku : tak kena tangkap basah plak.

roy : tak. kitorang run 15 kali dari pukul 12 malam sampai 12 tengahari.

aku : oh, tak nak bertobat ke?



aku macam pelik-pelik je kawan dengan orang-orang yang buat seks sebelum berkahwin. tak rasa takut ke diorang. patutlah lah makin menjadi-jadi kes buang bayi. diorang buat seks sebelum kahwin ni sebagai satu trend. kepada Joe, tahniah kerana punya kesedaran untuk bertobat. kepada Roy, cepat-cepat sedar dan bertaubat.


pee/ass : JAUHI ZINA.

Monday, August 16, 2010

rubic cube makeover | DIY


Life is just like a rubic cube.
once u can build and once can be destroy.
but u can rebuild =)   - by nerdy nadea, 16th August.    hahaha..



Aku memang seorang yang kedekut dalam segala benda. terutama aksesori to fashion. since this rubic cube dah hampir jadi bahan terbuang, aku nak dokumentasikan hape yang aku nak buat kat sini. heh.

penceraian rubic cube.


then get it attach to each other ^_^. nah, necklace DIY. necklace do-it-yoursef. rantai buat sendiri. ;-p

woh..rasa macam matrix reloaded plak. abaikan muka buruk tanpa mekap. sebab aku rasa aku konfiden kalau muka ada mekap setebal LCD 17 inci. tengok rantai!! hehe.

MARI CUTI-CUTI MALAYSIA..

tiba-tiba backdrop board karom plak. board karom ni pon dah tak main since computer game ada. k, nak pergi jalan-jalan dengan rantai vogue. bai.


pee/ass : adek-adek da besar tak payah nak main mainan bukan-bukan.