Friday, July 30, 2010

lirik dalam hati ada api


time kau banyak duit,
kau berlagak..
time kau takde duit,
kau cari aku..

time kau senang,
kau pulaukan aku..
time kau susah,
kau cari aku..

dengan harapan, aku membantu.

WTF.?

*repeat chorus.
wtf..wtf..wtf...wtf..
c'mon..wtf fak fak..



pee/ass : dapat pengajaran? hope so..boleh masuk keynote musim 2 tak?

siott. next week aku ade interview keje. bila nak study je mesti terbukak blog. haih..blog blog blog. makin dikata nak update jarang-jarang, makin kerap aku hupdate. ade je benda nak ngomel+komplen+cerita. ok, nak buat preparation for the interview. hope tak menganggur lagi. gaji boleh buat kumpul nak kawen. heh. gatal~ k bai.

Thursday, July 29, 2010

tips simpan lense DSLR cara murahan | tanpa drybox | DIY

Aku rasa semua orang dah tahu tapi buat adek-adek yang baru beli DSLR, tips ni mungkin berguna. korang simpan kamera korang kat mana? aku tak mampu nak beli drybox macam ni :

credit to shashinki.com.

sebaiknya simpan kat dalam drybox ni untuk elakkan udara lembab. bila udara lembap, kulat akan bermaharajalela bertompok-tompok kat bahagian tepi-tepi lense. tahu tak effect kalau lense berkulat? nanti gambar kau akan jadi bertompok-tompok macam kau tumpahkan milo kat atas sofa tak kalis air, pastu ade kesan stain. huh, macam tu lah gamaknya. member aku dah kena sekali. lense ade kulat. macam kulat roti kot.

cara murah simpan lense bagi orang miskin macam aku nih:

1. tutup lense ketat-ketat dengan penutup lense tuh.



2. masukkan dalam beg kain.



3. then masukkan dalam bekas tupperware kalis udara yang dah sedia diletakkan silika gel. silika gel ni ada dijual kat kedai kekmera dan kedai hardware lain. silika ni macam kat dalam bekas vitamin tuh. kaler jernih lutsinar.


kalau silika ni dah jadi kaler merah jambu, goreng dalam kuali tanpa minyak sebab itu tandanya kelembapan yang diserap sudah maksimum. senang kata, dah tak boleh nak serap kelembapan la. keringkan balik, kaler dia akan jernih balik. kalau malas nak goreng, jemur je kat tengah panas terik. jimat, recycle je. tak payah beli-beli lagi k. beli sepeket yang sekali banyak baru rm12 je.

4. siap. tutup dan simpan.



kalau kau guna lense tu hari-hari tak payah simpan la..simpan kat dalam beg kekmera je. letak la silika tu sket.


untuk kes simpan equipment banyak macam ni, guna silika hyppo yang ade gambar badak sumbu comel tu je.

gambar ni bukan aku punya. credit to encik bubba

cara lain : kat sini. mR. hoho yang bagi link.

pee/ass : ok adek-adek merangkap adek beradek kesayangan kakak nih.. WATCH & LEARN.

aku bukannya pandai sangat pon nak cakap pasal jaga-jaga barang kekmera nih. just share.

Wednesday, July 28, 2010

luahan si Sulong akibat adek-adek yang baik* sangat

TERIMA KASIH kerana....

1. merosakkan baju-baju akak yang korang pon muat.

2. berak tak tahu cuci sendiri.

3. main sepah-sepah akhirnya akak yang kena kemas.

4. kerja sekolah pendidikan seni semua pass kat akak.

5. kibab duit akak.

6. putuskan tali sling bag kesayangan akak.

7. hilangkan mingak wangi mekap segala.

8. kibab compact powder bawak pegi sekolah. show off la tu.

9. pencil case akak jadi stationary korang.

10. install game merapek-rapek dalam pc akak sampai berat nak load photoshop.(hari ni guna paint je)

11. hantar pegi balik sekolah, town dan destinasi terpilih.

12. ambil report card sempana report card day.

13.  bla..bla..bla..

dan yang paling mengharukan akak adalah,


100. korang telah berjaya mematahkan flash shoe (speedlite) sampai terkopak. sekali gus mematahkan hati kakak kamu ini. (sebak sekejap). dan juga dah tak lekat kat kekmera akak kamu.

hukumannya...*^&@$#$#@*&( ganyang adek-adek) jadi kuli aku plak selama-lamanya.




pee/ass : sabar itu separuh daripada iman. siott betolla..sayangnya duit nak pi beli baru..ishq T_T

Tuesday, July 27, 2010

buat, bunuh, tanam anak.

hai. nama saya karrim. tapi orang semua panggil saya kassim sebab diorang pelat R. saya tak kesah pon. saya kerja sebagai mekanik. selalu je terselit kat bawah kereta.

status saya masih single. takde awek lagi. tengok orang lain ada awek, saya pun teringin nak ada awek. tapi nak cari awek kat mana? kawan sejenis saya kata cari kat bus stop. tak pon bus stand. sebab dia kata kat sana banyak stok awek-awek dari kampong berhijrah ke bandar.

saya pon pergi la usha-usha awek dengan ayat gula. lepas tu saya tersangkut kat sorang minah ni. lawa sebab pakai skirt pink. saya pon try mengurat.

yes! akhirnya saya dapat couple dengan awek tu. nama dia kirrana. karrim kirrana.

kami pun dating macam couple-couple yang lain. tapi setelah berdating dating dan dating, kami terlanjur. saya yang ajak kirrana pergi ke motel satu jam rm20. kami tak sengaja terlanjur. saya sayang sangat-sangat kepada kirrana.

beberapa minggu selepas tu, kirrana disahkan mengandung. sape yang sahkan pun saya tak tahu. lalu membawa kirrana ke klinik untuk check up.

kami pun berbincang. buntu. 'buntut arr'. kirrana ajak kawen tapi saya ni duit pon tak pernah nak simpan. sebab akaun bank takde. kami sama-sama takde duit. untuk mengelakkan malu, saya pun suruh kirrana menggugurkan kandungannya. pada mulanya kirrana refuse. takut katanya. saya kata jangan takut. kita sama-sama mengharunginya.

saya dan kirrana melakukan abortion di sebuah klinik cina swasta. dengan rm700. duit tu bukan duit kami. duit tu hasil pinjaman dari kawan-kawan yang baru dapat ptptn.

selepas menggugurkan janin yang tidak bersalah itu, saya pun tanam dia dibawah pokok. sebelum tu, sempat saya mendoakan agar anak saya memaafkan saya dan awek saya.

sesudah menguburkan anak saya, awek saya pula pergi meniggalkan saya di dunia ini kerana kehilangan banyak darah akibat daripada menggugurkan anak dengan sengaja. saya sedih + meraung + sebal. saya tak tahu awek saya sempat bertaubat atau tidak. saya tak berada disisinya semasa dia menghembuskan nafas terakhir. saya sedihhhhh..

kini, kedua-dua mereka dah mati. sayalah punca kematian mereka. kematian mereka menjadi kes polis. saya ditangkap dan dipenjara serta disoal-siasat. saya bersalah.

kini, saya sedang menunggu hukuman dijatuhkan. saya insaf + menyesal. kepada korang semua, janganlah ikut perangai aku. aku terlanjur kerana nafsu. 
'baby, maafkan papa..' 
' kirrana, maafkan saya'.




p/s : kisah diatas merupakan kisah benar dimana kawan aku sendiri yang mengalaminya. sama-sama kita ambil ikhtibar ok.


pee/ass : huh, penat amek gambar patung sana sini. hehehe

Monday, July 26, 2010

mata aku boleh nampak hantu gara-gara...

sejak seminggu dua ni, aku rasa macam lain.

aku rasa aku boleh nampak hantu, boleh nampak anak bulan. semuanya jadi jelas dan nyata.

tenung orang sampai boleh tembus kat baju. bace novel sekali imbas je dah boleh buat review. semuanya gara-gara..


SPEK BARU

haha..entry ni sumpah annoying. description: gambar kiri spek lama. gmbar kanan spek baru. macam takde beza je.

macam boleh nampak hantu tu sangat melampau ok. tapi kalau manusia yang perangai macam hantu memang bersepah aku nampak. ok bai.


pee/ass: pointless..i know.

special thanx to my brother sebab belanja spek nih.

Sunday, July 25, 2010

aku sedih sebab kualifikasi aku kurang membantu

sijil daripada sekolah rendah sampai la ke universiti. sampai tak muat fail nak kompilkan bersama semuanya. dah berat.

tengok balik result and achievement, gred A berderet, dean list almost every semester, program koku beratur bersijil-sijil, tapi semuanya hanya diatas sekeping kertas keras yang wangi. (some of it).

aku sedih bila ade orang sergah masa aku LI (latihan industri) dulu. katanya:



"itu pon nak tanya aku? aku yang takde ijazah ni pon tahu. aku bukan pernah masuk mana-mana kolej atau universiti. aku ni lepasan SPM je"





aku sedih sebab kualifikasi-kualifikasi aku yang aku sebutkan di perenggan kedua kurang membantu aku dalam menyelesaikan pertanyaan demi pertanyaan semasa di latihan industri dulu.


memang tak salah bertanya tapi ape yang aku belajar kat uni dulu takde pon dapat aku aplikasikan dalam kehidupan aku. bukannya takde langsung. cuma kurang la nak applykan kat dunia luar ni.



engineer tempat aku LI dulu kata, bila dah tempuh alam pekerjaan sebenar, semua teori-teori yang belajar kat uni dulu tak guna dah. belajar di tempat kerja saja. kualifikasi tu semua untuk dapatkan kerja dan naik pangkat je.


tag program menimbun-nimbun~ abaikan gambar the bf



so, walaupon kita punya kualifikasi menimbun-nimbun, kita tetap kalah pada ilmu alam. ilmu alam yang hanya kau boleh dapat dari pengalaman sahaja. ilmu alam yang kurang pada aku dan kalah di tangan seorang lepasan SPM.


(berenti jap. nak makan mekdi mekciken)


ok sambung. sedap giler mekdi. haha. sebenarnya aku malu pada diorang. aku sedih bila ilmu-ilmu yang aku belajar tak dapat nak membantu.

aku sedih bila paip kat rumah aku pecah, aku tak dapat nak fix kan. padahal aku belajar civil engineering. aku rase sedih + bodoh + bangang.

aku sedih jugak bila plug suis rosak, aku tak dapat fixkan padahal aku dah belajar semua tu masa sem 1 kat uni. aku kalah pada seorang jiran yang tolong dimana kualifikasinya hanya ditahap SRP. (sekarang PMR)

aku sedih...


Ilmu dipelajari untuk diamalkan kan..



stop reading, but keep learning..by LIDAH.

pee/ass: kualifikasi itu qualification

Saturday, July 24, 2010

perampas boifren orang boleh jadi binatang?

 tak kenal muka atau suara, tiba-tiba dia bersuara. lantang pulak tu. macam halilintar kat gegendang telinga aku. aku cuba jadi cool walaupon sebenarnya aku mudah sangat hot.

"nadea, kau ingat aku tak tahu ko ada affair dengan boifren aku. kau jangan jadi binatang nak jadi perampas"

e'eh. sejak bila pulak binatang jadi perampas?

aku jawab se cool2 nya. " sape boifren kau? jamun ke?"

dia jawab "buat-buat tanya plak"

aku " sorry. aku tak minat dengan boifren kau. kitorang geng jamming je. sama-sama nak jadi gitaris. plus aku dah ade boifren. bai"

hang up.

aku rasa aku dah jawab dengan gaya macho tapi hakikatnya aku BENGANG. aku bengang dengan kau la bangang punya minah. kawan dengan lelaki, ni la risiko. kena sound dengan awek diorang. ala, ape aku kesah. aku tak pernah halang pon boifren aku nak kawan dengan sape.

bebel banyak pon tak guna. diam je lah. 

silent is killing.

gambar hiasan ni gambar adek-adek lelaki aku~ akim & apit

kalau minah tu bersemuka dengan aku, sepak dia laju-laju.

tapi aku bukannya pandai sangat pon main gitar. main sikit-sikit je. asal boleh buat lagu. 



pee/ass : kan best kalau aku boleh jadi macam fynn jamal.

Friday, July 23, 2010

poster filem malaysia

poster malaysia vs poster oversea

kesian muka lisa surihani yang putih melepak jadi cokelat
+ berminyak. nak buat design yang complicated tapi tengok poster sebelah tu lagi cun. "less is more". simple.

takpe. it's better dari yang MENIRU:

PERASAN TAK? poster emily the exorcism kat belakang pelakon 2 alam.

biadap dengan mak bapak aku

siotlah diorang ni..

"anak kau dah jadi bohsia"
"tu tengok si bohsia tu. anak si *_...."
"anak bohsia"

ini tak adil. sangat-sangat tak adil! semua lemparkan kat mak bapak aku. kira mak bapak aku ni dah baik + murah hati + tak kesah nak tumpangkan kau duduk sini secara PERCUMA, kain baju dibasuhkan, makan free. yang kau tahu, balik sekolah salin baju then keluar. magrib balik makan pastu keluar. tengah malam baru balik.

walaupon kau sepupu aku, kau ingat rumah ni hotel?

aku tahu, saudara mara perlu tolong menolong..tapi perlu ke atas nama saudara kau bleh buat macam-macam sampai mak bapak aku kena tempiasnya?

ni la manusia yang tak sedar diuntung. makan pakai semua ditanggung. cuma duit belanja sekolah je bapak kau tanggung. rm30 seminggu. itupon tak cukup sampai kau curi duit mak aku, duit aku, duit adek beradek aku yang lain. barang mekap aku lagi. hari-hari taram melawa pergi jumpa geng bohjan kau. walaupon aku dah sorok semua barang mekap aku. duit tabung dalam almari pon kau curi.

camana aku tahu kau ni pencuri? sebab kau pernah kantoi sebab curik duit bapak kau sendiri sebanyak rm500. budak tingkatan 3 nak buat apa dengan duit sebanyak tu? dadah?

semalam kau kemas kain baju nak lari rumah sebab bapak aku baru dapat tahu kau menipu. kantoi dengan kawan-kawan kau datang rumah dan bagitahu selama ni kau pergi mana. pergi ke rumah jantan. lepas tu kawan kau bagitahu yang kau pernah cakap kat orang yang mak aku jahat.

kalau mak aku jahat, lama dah halau kau mase kau kantoi mencuri duit kitorang sekeluarga. kau tak suka mak tiri kau, teros bapak kau campak kau ke sini. dulu adalah bagi duit bulanan sebagai upah bela anak kau. sekarang satu sen pon kau tak penah bagi. ok, bapak aku abang bapak kau. so, macam tak kesah sangat kalau bapak aku nak bela kau. tapi kau..

hmm..korang ade ke orang yang menumpang kat rumah kau secara percuma dan langsung tak sedar diuntung?

bila mak bapak aku tegur sket, jawapannya : "pergi mampos"
kurang ajar macamana sekalipon tetap mak bapak aku sabar. walaupon aku yang selalu tak dapat tahan sabar.

bila kau duduk kat rumah aku ni, otomatik mak bapak aku jadi mak bapak kau. hormat lah sikit. diorang yang kena bertanggungjawab kalau ape-ape hal. bukan bapak kau yang jaga kau kat sini. bapak kau kerja jauh kat KL nun. ibu kandung jauh kat kuantan. mak tiri dengan bakal mak tiri kau pon jauh.

tiba-tiba nada aku jadi baik.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

sumber dari sini.

insaflah weih!!

p/s : pengajarannya jangan BIADAP terhadap orang tua kita.

Thursday, July 22, 2010

bila hobi menjadi kerja, duit yang dikejar.

dulu mase time belajar, aku tak kesah pon buat keje photoshoot free. (aku kata DULU ok). aku tak kesah sebab itu memang hobby yang dah teraddicted. setiap kali mata berkelip, aku akan pandang sesuatu itu dengan pandangan " nak guna aperture berapa ni ye" or " ni shutter speed kena under 30 ni" tak pon "wah..tak payah edit pon takpe sebab tempat tu dah cantik sangat".

aku jadi gian bila dalam sehari tak tekan shutter release button (butang snap kemera). kalau takde model, self portrait menjadi mangsa. aku tak suka hamek gambar pemandangan ke hape. suka ambil gambar muka. muka binatang pon ok. (bukan mukabuku).

 self potraiter pantang nampak cermin

tapi sekarang bila alam "student" dah berakhir, aku jadi macam "money hunter" plak. keje dapatkan job (walaupon tak lebat macam korang-korang dan korang) nak bagi duit kat mak abah, topup, minyak, desire++. PTPTN mane de lagi. mana de lagi duit allowance dari mak abah atas tiket seorang "student". hehe.

macam sueannajoe cakap "bila hobi dah jadi kerja, otomatik benda tu akan jadi boring." skang aku boring sangat buat photoshoot atas sebab nak income. tapi tak pernah boring bila sesuatu yang aku buat tu bukan kerja. tapi sampai bila hobi nak menjadi hobi semata-mata kan. memang bodoh kalau tak ambil peluang yang ada. jadi memang kena selarikan hobi dengan kerja dengan niat nak improve. memang la aku tak boleh nak samakan diri aku macam sueannajoe tapi alang-alang minat dah sama.

lagi satu harga pakej. aku tak boleh nak ambil rendah-rendah sangat sebab nanti mengganggu market photographer yang betol-betol kerja full time nya as a photographer. ah, kadang-kadang aku murahkan gak sebab nak fight harga. nak hidup..nak duit.

aku bukan full time pon. i'll get my real job soon tapi setakat mana la hidup makan gaji ni kan. tengok contoh terdekat, parents aku. sueannajoe pon walaupon dah ade studio, tapi nak bayar bil segala..semua DUIT. nak bagi anak senang. aku belum kawen, so aku tak pernah nak rancang apa-ape yang serius untuk bakal anak, inshaAllah. tapi ade la pikir-pikirkan sket-sket. nak sambung belajar, tuntutan kewangan takde.

eh, macam dah menyimpang je dari tajuk asal. at the end semua pasal DUIT. tak kerja, takde duit. jadi untuk elakkan boring, kena la selalu " i love my job..i love my job" hehe.(sambil terus tukar balik tajuk entry)



p/s : bila baca balik entry ni, macam bukan blog response je.ok boleh abaikan.

akak..eh nampak anak dara akak terus panggil makcik

suatu petang yang redup tak berapa nak mendung, datang seorang jejaka yang masih teruna mungkin, datang ke teratak aku. lalu, beliau pon menyapa mak aku.

"kak, sihat kak. rajin akak menyapu"

mak aku , " kau tak kerja ke hari ni?"

beliau, " tak kak. hamik hangin jap"

kebetolan aku jadik watak extra datang ke depan laman rumah sebab nak sidai baju hangkut dari dalam washing machine. tiba-tiba tanya pasal aku.

beliau, " sape tu kak? tak pernah nampak pon."

" tu nurul. anak akak yang sulong" lembut mak aku berseloroh.

TIBA-TIBA...(brape banyak kali tiba2 da)

encik beliau: " eh, saya mintak diri dululah MAKCIK. nanti senang-senang saya datang lagi ye MAKCIK. bai MAKCIK." sambil senyum kambing. kambing pon lagi lawa kot. haha~

mak aku, " erk..tadi panggil kakak. skang dah jadi tak berapa nak awet muda plak"

heh. pigi da..mungkin aku dah perasan bajet yang dia nak ngorat aku. haha..beberapa hari lepas tu dia call ajak brekfes. aku bangun pon da tengahari. cett, bai.

Wednesday, July 21, 2010

...

entri hari ini, aku baca ini :

http://www.zaharuddin.net/content/view/937/72/

Tuesday, July 20, 2010

salah tafsir

kadang-kadang aku tak paham kenapa bila aku hantar sms berbunyi:

"ko kat mana ni? lama da tunggu"

orang akan mentafsirkan macam aku hantar sms dengan nada maki-maki. lain la kalau aku tulis macam ni:

"ko kat mana ni sial? lama dah tunggu macam orang bodoh takde rumah s**l b***i l*%&^@!!!!!!!!"

kenapa tak boleh baca dengan nada yang elok? kenapa mesti nak baca dengan nada hangin, marah-marah, bengis atau nada-nada yang negatif.

lagi satu kalau terima nasihat daripada orang lain. cuba dengar dulu ape yang orang tu nak sampaikan. mana tahu ade betulnya. ini nak melenting je memanjang. dengar, terima, muhasabah diri sendiri. kadang-kadang kita marah sebab nasihat orang tu ade betulnya dan kita tak boleh terima kebenaran. kadang-kadang memang betul kita perlu marah.

lepas dah dengar nasihat tu, kalau tak boleh terima, ok jangan terima dan jangan ambil. kalau boleh terima, take it as a positive thing to improve yourself.

ok, dah lari topik sket. pasal salah tafsir ni bukan berlaku kat SMS je. tapi dalam status FB, penulisan blog, surat / e-mail dan cakap-cakap orang (hear-say). memang la cara orang lain baca / tafsir lain-lain tapi tak bolehkah jangan sepanjang masa pikir negative thing?

impak kemarahan salah tafsir ni memang selalu mendatangkan pergaduhan. tapi sebelum kau marah tu, cuba pikir impak yang akan berlaku. disaster bukan.?

contohnya hubungan menantu dengan mak mertua. contoh sahaja ya. mak mertua tu beriya-iya la cakap baik-baik dengan intonasi yang baik :"rumah ni berselerak. kemas la sikit". lepas tu si menantu ni marah la sebab kena tegur. then dok mengadu kat orang yang mak mertua dia marah-marah pasal rumah tak kemas. haish. kadang-kadang orang disekeliling aku ni pun buat jugak.

so, sebelum betul-betul kau nak marah, pikir dulu betol ke kena marah ni? perlu ke marah? berfikir sebelum nak sembur ok. tapi kalau betol perlu marah, go on je.

aku terjumpa satu artikel yang agak kekaunselingan sket kat sini. (pemikiran positif)


p/s : entry ni untuk mengingatkan diri aku sendiri dan sape-sape yang baca.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
pikir sebelum FIRE..wakaka..

sesekali makan luar

sesekali makan sedap kat tempat yang sedap dan harga pon boleh tahan sedap ;-p

marshmellow cake..hurm...


aku : kedai kek ZEN ni macam secret recipe lah. diorang tiru eh? buat lah cara tersendiri. nak tiru-tiru plak.

nani : la, ZEN ni memang under secret recipe lah.

aku : Ooo..( baru ternampak kat buku menu) ..shy..T_T


venue : ZEN by SECRET RECIPE at CARREFOUR MALACCA.


p/s : bila dah khusyuk pegang kekmera, muka sendiri pon lupa nak shoot. dem!

Monday, July 19, 2010

perempuan memang perasan kan

(gambar hiasan~ motor belongs to my younger brother)


broom..broom..aku start motor.


aku merempit sekitar 40 km/j. kira laju la bagi aku sebab selama ni ade la dalam sebulan sekali je bawak motor. itu pon kalo kete aku kene rembat dengan ahli famili lain.


sampai kat simpang, ade sekumpulan budak-budak bujang yang baru akil baligh kot dok panggil-panggil aku..


"..(bunyikan macam tikus cencorot)...msstttpppssssccchh..."

aku tak pandang.



"dik..dik.." aku tak layan. "kak..bawah tu kak..bawah tu.."


amende la bawahnye ni. ala, nak ngorat lah tu. boh layan booo.


sampai kat kedai, sebelom dapat beli taugeh, aku parking la..


owh,,..aku tak naikkan tongkat rupanya. patot lah bebudak tadi dok cakap bawah..bawah..cakap tongkat kan senang.siot!. tak pasal-pasal aku dah bajet perasan. haha.


tapi kan perempuan memang suka perasan kan. perasan tak? aku dulu time sekolah tingkatan 2 kan, malu giler nak pegi kedai even kedai tu dekat je dengan rumah. malu dengan pandangan orang. hihi. especially kalau ade orang swiittt. rase macam nak jatuh je lutut ni. lepas tu bila terpandang diorang yang switt siul tu, mesti dorang kate "ahaha..bajet..perasan betol. sape pannggil dia" yang itu memang macam cipan vavi.


member perempuan aku pon perasan gak. bukan aku sorang. kalau mak depa suh pergi kedai beli sawi hatta singgit sekalipon, mesti mintak aku pegi teman. takut kena ngorat. ceett.skang dah besar panjang ni kalau ade orang swiitt sumpah aku tak pandang pon. takut kena label.


tapi kalau tak pandang, diorang akan kata SOMBONG.


tapi korang perasankah? (soalan diajukan untuk perempaun sahaja)



p/s : aku dah mengaku. lepas ni dah tak payah nak kutuk-kutuk perempuan lagi.

Sunday, July 18, 2010

tak sedar diuntung btol!




aku nak tanya berapa bayaran / upah minima untuk seorang bayi di bawah 1 tahun yang dihantar ke rumah orang (baby sitter) untuk office hour? (10 jam biasanya. kalau anak cikgu 8 jam)


makcik depan rumah : rm 250.
makcik belakang rumah : rm 200
makcik rumah hujung : rm 180. ( kalau anak dia lebih dari 2 orang)


cuti yang diberi? sabtu dan ahad off for babysitter.


ok, setelah bancian dijalankan, orang yang hantar anak-anak depa kat umah aku untuk mak aku jaga ni adalah tidak sedar diuntung sungguh kerana:


1. upah untuk bayi dibawah umur 1 tahun = rm 150. upah budak sekolah tadika = rm 100. ( ni atas budi bicara sebab diorang orang susah. laki bini keje)
2. tempoh jagaan = dari 7 a.m hingga 9 p.m. dan kadang-kadang pukul 10 p.m baru nak ambil.
3. makan untuk anak-anak = 3 kali sehari.
4. tahap kualiti penjagaan = tip top punya sampai depa tamo balik rumah sendiri. tertipu mak aku bukan mak kandung koranglah.


aku hangin diorang tak sedar diuntung sebab sabtu ahad kena jaga. memula alasan emergency. ok fine aku jaga. lepas tu pergh..naik lemak. dah bagi peha nak cipap. tiap-tipa minggu pulak nak kena jaga anak dia yang baby tu dengan alasan nak pergi piknik lah, pegi balik kampong lah, kenduri kawen lah..waddehel beb. apesal tak kelebet sekali anak kau bawak pegi jalan-jalan sana..korang jalan-jalan takpe..tamo bawak anak. aku ni nak berjalan macamana? nak kelebet anak kau kat shopping complex tuh?


nasib baek anak dia adorable. aku sayang sangat. dah tu, tu satu hal. anak dia yang dah sekolah tu tiap-tiap pagi datang rumah bawak botol kosong suh isi air oren nak bawak bekal pegi sekolah. tudung sekolah suh mak aku iron. lencana nametag sekolah sume suh mak aku jahit. ko ingat mak aku ni welfare nak jaga segala kebajikan?


baju seluar anak ko koyak pon suh mak aku jahit. waddefak? kalau suh aku, aku campak je kat atas lecak tu. suh jahit sendiri. aku kesian sangat kat mak aku. mak pulak kesian sangat kat ko. sampai upah jaga dipotong sendiri oleh kau pon mak aku bleh tutup sebelah mata.


bila anak ko sakit / ditimpa bencana, aku jugak yang tolong hantar pegi sepital. itu pon tak tahu diuntung lagi. lagi menyusahkan mak aku dengan benda remeh temeh yang kau pon tahu nak buat sendiri.


lepas ni kau cakap nak buat keje part time plak. maknanya mak aku kena jage dari 7 pagi sampai 12 malam. upah tak naik. kurangkan lagi ada la.bila mak aku berbasa basi nak upah naik sket, kau diam. entah dengar ke tidak. nak pass bagi orang jage, takde orang yang sanggup dengan harge ciput.


to make it clear, aku harap kau baca message dari blog aku ni. bai.




p/s : susah nak sedarkan orang yang tak sedar diuntung nih.

Friday, July 16, 2010

kamera ala-ala DSLR?

kling..ng..ng..

bunyik sms masok.

aku baca dan huh? WHUT DA....

          " hai. saya arina kawan kepada sipolan. saya suka la 
           gambar-gambar yang awak ambil. awak guna kamera 
           ala-ala SLR kan?"

aku jawab: " ha'a. saya guna kamera DSLR. bukan ala-ala SLR. hehe" dan bukan juga kamera lomo atau polaraid atau TLR (twin lense reflex).

lepas tu arina tu call aku. " hai nadea. ni arina ni. saya suka gambar-gambar yang awak ambil. ni nak tanya. macamana awak ambil gambar ye?"

sumpah aku terkesima dan tak tahu nak jawab ape. tak sempat pikir, aku pon cakap " oh, saya tekan je butang snap tu."

mungkin dia fikir jawapan aku macam gampang tapi soalannya lagi la tak bernas. macamana aku nak jawab ye kalau ade orang len tanya soalan yang sama? takkan aku nak cakap " oh, saya warm up dulu lari keliling padang 5 kali lepas tu bila dah busuk, terus capai kamera dan tekan butang snap sambil corner baring"


aku tanye " awak dah ade DSLR?" " takde. tu lah. ingat nak beli tapi duit takde"

"macamana awak edit gambar?" " saya guna adobe photoshop. tak pandai sangat pon. sikit-sikit je"


" macamana nak buat gambar jadi cantik ye?" erk~ aku nak je tanye balik macamana nak explain via handphone? cantik ke gambar aku? (monolog dalaman)

" saya ada belajar jugak photoshop tapi cuma belajar potong2 gambar je " aku " OWH.."

aku sambung lagi " awak ade ambil kelas foto or editng ke?" dia " takde. ingat nak belajar dari awak"

" nak belajar dari saya kena jumpa. susah nak explain macam ni."


kesimpulannya disini, hangpa kalau nak tanya, tanya la soalan macam ini contohnya. kompon aku ade jawapan:

- macamana nak ambil gambar melompat?
- macamana nak ambil gambar sunset?
- macamana nak ambil gambar depan fokus belakang blurr?

ok kawan-kawan sekalian. bertanya pon ade tekniknya. haha..

TETAPI, disini aku nak tekankan. tak semestinya ambil gambar guna DSLR, gambar kau akan otomatik terus jadik cantik. guna compact biasa pon cantik juga kalau kena dengan tekniknya. ataupon kekmera henpon. ambil gambar ni ade teknik-teknik dan ilmu-ilmu dalaman kamera yang perlu diaplikasikan.

kalau tak belajar teknik-teknik mengambil gambar, kau pakai kamera DSLR dengan kamera compact pon takde beza. jadi, tak gunalah kalau dah melabur beribu-ribu kat DSLR kalau hasilnya sama je dengan kau ambil gambar guna compact biasa. kan..

sekian ^_^
---------------------------------------------------------------------------------

rinduuu~ team mate Gila Gambar

alolo..
 ok, i'm dying miss u oll..nanti kitak jumpa di JB...;-)



pee/ass : arina, jangan marah ya. kita jumpa, nanti aku ajar hang.

aku bakar kucing bukan untuk dijadikan santapan

aku bersimpati atas apa yang berlaku pada duan issac mantoya alejandro. supaya beliau tenang "disana". ini adalah penceritaan kejadian terhadap apa yang berlaku pada binatang comel yang pernah menjadi kesayangan nabi kita dan juga kesayangan anda semua.

maafkan aku...

flash back to the past.

1997 - aku main-main dengan adek aku kat belakang rumah di semak yang agak samun. aku pandang seekor emak kucing. dia adalah emak kucing sebab dia besar, ade tetek dan tak lupa juga ada anak. 2 ekor kitorang kira. emak kucing itu masa tu sedang menggonggong / mendukung anak-anaknya untuk proses pemindahan. lepas tu aku tak ambil port mana kucing tu nak bawa anak dia.

aku dengan adek aku terjumpa mancis. hehe. datang la idea nak bermain api. di semak yang agak samun itu ade kotak kayu yang aku rase berpenghunikan hantu. tanpa membuang masa, aku bakar semak-semak disekitar kotak kayu tu. saje nak test skill scratch mancis kayu kat kotak mancis. teruja dengan api yang sedang marak, tetiba datang emak kucing tadi dok mengiau-ngiau kat aku sambil mengelilingi api yang sedang membakar semak samun. pandangan emak kucing tu macam " tolong, tolong..tolong jangan bakar la bodoh!". tapi aku bukan faham bahasa kucing seperti yana a.k.a petisuara dan hentak berlipat. aku tidak sehebat mereka. lalu aku ignorekan emak kucing tu. (come on la..mase tu aku darjah 4)

tiba-tiba..sambil mulut melopong, terdengar jeritan batin 2 ekor anak-anak kucing dalam kotak kayu yang sedang dimakan api. api tengah membaham kotak kayu tu, macamana aku nak rescue diorang ni. nak panggil bomba, mase tu nombor talipon bomba aku tak hafal.

 (lebih kurang macam ni la rupa fizikalnya)

"ngiau..ngiau..ngiau..ngiauuuuu......." sayunya...emak kucing tu dah tak senang duduk aku tengok. mungkin menangis dalam bahasa kucing yang memang sumpah aku tak paham. mungkin dia kata " anak aku! anak aku kena bakar. apesal kau ni bodo sangat bakar anak aku weh?"

tapi, mana aku tahu emak kucing tu letakkan anak-anak dia kat situ. aku tak perasan tadi.

aku kuis-kuis dengan batang kayu atau apa sahaja objek yang boleh menghalau api tadi. tiba-tiba senyap. suara anak kucing tu dah tenggelam timbul sebelum senyap dan hilang. aku dah gabra..mampos la aku kat akhirat nanti. tapi aku tak nangis pon.

lepas berjaya memadamkan api dengan menggunakan ape aku tak ingat lah. niat aku nak carik balik mayat anak-anak kucing tadi. aku ingatkan ade la tulang temulang rangka mayat macam dalam citer CSI tu tapi hampeh. semua dah jadi abu. nak la jugak tanam tulang-tulang ke bulu ke untuk buat kubur pastu boleh doakan supaya diorang maafkan aku. tapi...

air mata aku jatuh. " aku tak sengaja.." terbayang-bayang kat kepala aku macamana anak-anak kucing tu meronta-ronta kepanasan. memanggil-manggil emaknya. ya Allah..aku rasa bersalah giler sampai sekarang. aku dengan rasminya dah BAKAR anak-anak kucing tu hidup-hidup. lepas main api yang aku takkan main lagi, aku terus masuk rumah menyorok dalam selimut. TAKUT punya pasal.

aku langsung tak berniat nak bakar kucing tu apatah lagi untuk dijadikan bakso. atau kucing panggang atau sate sebagainya.

lepas kejadian tu, aku selalu takut-takut bila nak tido, nak pegi toilet. takut kalau anak kucing tu jadi roh, pastu kejar aku. pastu aku pikir lagi, ape aku nak jawab kat akhirat nanti?



MAAFKAN AKU..sebab tak sengaja membunuh korang.


p/s : kagum dengan petisuara & hentakberlipat sebab sudi bawa binatang kecil itu berjumpa dengan doktor haiwan. kalau hangpa tak paham, sila baca sini dan sana.

Tuesday, July 13, 2010

heran

aku heran la ade blogger baru je blogging tak sampai 2 minggu, entry baru 5 tapi follower da sampai 1000 lebeh..camane tuh? hebat~ 



- ini bukan entry berbaur cemburu ya. anyone boleh bagitahu.? just curious..ne..no..ne..no..




p/s : aku bukan mintak semua orang atau korang follow blog aku. bersyukur dengan reader yang ade. tak folo pon takpe. tak kecik ati punya. i'm in curiousity..





hupdate selepas dapat komen : sape yang memahami, THANX..memang entry ni bukan entry cemburu, tapi entry sarkastik. haha..mesti lepas ni ade orang tak suka aku. hah, ape lagi, pegi dashboard, stop following me. dialu-alukan. hehehe..aku sayang orang-orang yang baca blog ni ^_^

hello. i nak change wedding date boleh ye..

dah dua hari demam. batuk + selesema. package sekali. tetiba ade orang call. pengantin wannabe.

p : nad, wedding i nak tukar tarikh la..

aku : huh? mana boleh macam ni. kalau saya tak available?

p : ala, tetiba je plan changed. tarikh ditukar ke seminggu awal.

aku check jadual. nasib bek takde hal.

aku : ok ok..boleh.

p : tenkyu nad.

alahai..kawen pon boleh main tukar -tukar tarikh ea..takpelah. lagipon dia dah bayar full. kalo tak terpaksa pass job kat tukang amek gambar len. erk, itu takde kena mengena. agaknya kan, macamna nak adjust balik para jemputan ea? fesbuk? email? sms? heh..banyak cara la..demam ni buat otak aku macam kat lutut plak.



p/s : kepada eme, cepat bagitaw wedding date ko. aku nak siap sedia tolak job len semata-mate nak shoot ko tahu ;-)

Monday, July 12, 2010

nak nikon D300 or D700?

kejadian da lama berlalu. tetiba teringat balik dan rasa nak kongsi. tapi penceritaan ditapis sedikit sebab kemungkinan besar akan dibaca oleh si dia. biarla aku namakan dia sebagai Tengku Joe.



dia call aku atas alasan bisnes. pasal fotografi and editing. aku pegi jumpa. discuss. minum-minum pastu makan-makan. lepas tu balik. takde ape yang berlaku.

hari berganti dan dia call aku lagi. jumpa kat Melaka Sental. aku parking sana, lepas tu dia ajak naek kete sama-sama sebab senang sekali jalan. aku tak pikir pape pon. then terus je pegi. tapi bukan aku sorang. pegi dengan member aku.

berhenti kat kedai kekmera. dia mintak tolong aku pilihkan. dia banyak duit. mase tu nikon d300 baru keluar. D700 takde stok plak. aku terang kat dia pasal DSLR ni. lepas dah survey harga. balik. tapi bukan pegi terus balik rumah. kena hangkut aku balik ke melaka sentral sebab nak hamek kete aku balik. tetiba aku seram bila dia kata:

tengku joe, " tak payah la ambil kereta kancil you tu. i belikan you kereta nak?"

aku ingat dia buat lawak bodo beruk babun bontot merah. aku pon berseloroh la balik, " haha..kereta Vios boleh?"

tengku Joe, " boleh. no hal. bila you nak?"

senyap. aku malas nak layan lawak biol macam ni. dia kenal aku melalui seorang kawan. aku pon tahu sket-sket dari seorang kawan.

"i serious ni. you nak bile?"

gila gaban. dia ni nak belikan aku kereta betol-betol ke? dahla baya-baya bapak aku je. ada anak plak tu. tak ingat bini ke?

aku berseloroh je balik. cakap kereta kancil aku tu lagi hot dari kereta vios. haha..

lepas tu hari-hari dok mesej aku. call mampos la aku tak jawab. tipu kalau aku tak jawab. aku jawab yang tang bisnes je. tang personal aku cakap ade hal ke nak berak ke hape kan.

Tiba-tiba...BUAT-BUAT TERKEZUT BERUK!
terserempak dengan dia kat mall. dia ajak aku pegi kedai kekmera. takkan aku nak tolak mentah-mentah kan sebab kebetolan pulak aku nak pergi ke kedai yang sama. dem. malang sungguh. anak dia ada sekali pulak..kecil je..darjah 2.

dia OFFER benda yang aku takkan dapat kat mana-mana mahupon kat boipren sendiri.
yang ini (nikon d300) atau..
nikon d700?
complete set dengan speedlite and battery grip lagi and manfrotto lagi...nak ke tak? haha..

dulu bila member-member seperjuangan tanya nak suami yang macamana. aku selalu sangat nak yang kaya raya. biar la tua krepot nak mampos, asalkan kaya. gila bab. tapi sekarang bila dah ade depan mata macam itu, aku tak berdaya nak menerima. biarla boipren aku tak abes blaja and tak keje lagi. asalkan aku cinta. nak suami yang aku cintai. tiba-tiba jiwang karat. (dengar tu dear. lepas ni sila belanja i mekdi)

tang kekmera tu, memang la idaman hati dua-dua DSLR tu tapi nanti kalau dia minta aku jadi bini dia macamana. dahla anak-anak dia tanya tengku joe tu nak panggil aku kakak ke mummy?. nak pengsan sekejap.

owh, tang kekmera mana satu yang dia nak belikan tu, aku tolak dengan cara baik. gila babun orang kedai tu dah bukak resit. tinggal bayar je. aku cakap aku nak pi beli sendiri. haha..

then, terus LOST CONTACT. bisnes haram takde.avxhgdvfvgfbeyuh

kalau aku terima kan..aku cakap KALAU ok. mesti aku dah jadi permaisuri nadea shopaholic. wakkaka.

pengajaran, jangan terima suami orang atau kacau suami orang atau kepada lelaki, jangan nak buat pe'el macam ni. sayangi anak bini anda dan aku sayang cinta aku. heh, abaikan pasal kejiwangan aku.

contoh jantan kaya. gambar hiasan~


pee/ass : papehal, deal dengan PA aku. naseb bek PA aku jantan. kalo kena ngorat pon dengan bapok-bapok je tak heran ;-p

peeee/assss : ada PA jangan kau ingat aku shooter hebat plak. tak hebat langsung and jangan tertipu.

p/p/s : komenlah aku bodoh ke hape sebab tak terima offer tengku joe tu. aku tak kesah. suke lagi ade kot. tak komen pon takpe.

wajah merentasi masa

penat main looklet.com, aku main yearbookyourself.com plak. memang dah kronik tahap kebosanan kat rumah ni disamping menjadi babysitter sepenuh masa. nak nak dekat bulan pose ni, job plak tamo datang. PA aku nak pegi umrah. ok, berehat. berehat waklu. baby alisya ni dah pandai golek-golek meniarap plak. photoshoot, model plak tak ade.

jadi, memblog di kala kebosanan ni, jadi la macam ini :

mungkin dah ramai yang tahu tapi aku tetap nak post. pedulik hape aku. hehe ^_^. wajah-wajah merentasi masa.

ha..macam ni kot rupa nenek moyang aku..ade macam pengetua sekolah pondok kat amerika tak? heehe

yang ni pulak macam pengasas kilang madu.

phewiitt..rambot farrah fawcett nih..macam sesuai jek. nak mintak salun buatkan lah.

macam ku kenal..tapi kat mana ya..poyo.

ha..yang ini buleh la buat majlis penutupan world cup sana. wakakaka..eh eh..

uih..tetiba jendul. kalau jendol macam jeniffer cinta hewitt takpe gak..huduh!! zaman reboding dah takde. dulu mase rebond, rambot aku jadi leper. macam botak. lepas tu perm. lagi macam dawai plak. sekarang simpol mati je senang.

walaupon entry ni macam tak bernas, aku buat jugak sebab aku boring weh. fesbuk ade pe lagi? game lagi la tak minat. takot kalah. aku tak boleh terima kekalahan. haha..takpela, hiburkan diri sendiri je.


p/s : terhibur tengok muka sendiri di renovatekan merentasi masa.