Friday, July 23, 2010

biadap dengan mak bapak aku

siotlah diorang ni..

"anak kau dah jadi bohsia"
"tu tengok si bohsia tu. anak si *_...."
"anak bohsia"

ini tak adil. sangat-sangat tak adil! semua lemparkan kat mak bapak aku. kira mak bapak aku ni dah baik + murah hati + tak kesah nak tumpangkan kau duduk sini secara PERCUMA, kain baju dibasuhkan, makan free. yang kau tahu, balik sekolah salin baju then keluar. magrib balik makan pastu keluar. tengah malam baru balik.

walaupon kau sepupu aku, kau ingat rumah ni hotel?

aku tahu, saudara mara perlu tolong menolong..tapi perlu ke atas nama saudara kau bleh buat macam-macam sampai mak bapak aku kena tempiasnya?

ni la manusia yang tak sedar diuntung. makan pakai semua ditanggung. cuma duit belanja sekolah je bapak kau tanggung. rm30 seminggu. itupon tak cukup sampai kau curi duit mak aku, duit aku, duit adek beradek aku yang lain. barang mekap aku lagi. hari-hari taram melawa pergi jumpa geng bohjan kau. walaupon aku dah sorok semua barang mekap aku. duit tabung dalam almari pon kau curi.

camana aku tahu kau ni pencuri? sebab kau pernah kantoi sebab curik duit bapak kau sendiri sebanyak rm500. budak tingkatan 3 nak buat apa dengan duit sebanyak tu? dadah?

semalam kau kemas kain baju nak lari rumah sebab bapak aku baru dapat tahu kau menipu. kantoi dengan kawan-kawan kau datang rumah dan bagitahu selama ni kau pergi mana. pergi ke rumah jantan. lepas tu kawan kau bagitahu yang kau pernah cakap kat orang yang mak aku jahat.

kalau mak aku jahat, lama dah halau kau mase kau kantoi mencuri duit kitorang sekeluarga. kau tak suka mak tiri kau, teros bapak kau campak kau ke sini. dulu adalah bagi duit bulanan sebagai upah bela anak kau. sekarang satu sen pon kau tak penah bagi. ok, bapak aku abang bapak kau. so, macam tak kesah sangat kalau bapak aku nak bela kau. tapi kau..

hmm..korang ade ke orang yang menumpang kat rumah kau secara percuma dan langsung tak sedar diuntung?

bila mak bapak aku tegur sket, jawapannya : "pergi mampos"
kurang ajar macamana sekalipon tetap mak bapak aku sabar. walaupon aku yang selalu tak dapat tahan sabar.

bila kau duduk kat rumah aku ni, otomatik mak bapak aku jadi mak bapak kau. hormat lah sikit. diorang yang kena bertanggungjawab kalau ape-ape hal. bukan bapak kau yang jaga kau kat sini. bapak kau kerja jauh kat KL nun. ibu kandung jauh kat kuantan. mak tiri dengan bakal mak tiri kau pon jauh.

tiba-tiba nada aku jadi baik.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

sumber dari sini.

insaflah weih!!

p/s : pengajarannya jangan BIADAP terhadap orang tua kita.

11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

mane tua dia ngan ko nad? agak2 lebey,sound je ala kadar..biar reti sikit..

nn said...

menyampah nya kalau ada cousin macam tu!!!

Encik Psychopath said...

ko bile nak insaf weh ?

Si Kachak Suparjo said...

Hmm.
Nasib baik bukan cousin aku.
Kalau tak, memang dah kena chokeslam dgn aku.

nurul nadea said...

mimie, dah berbuih2 mulut aku sound+perli tapi haram j x jalan..


nn, memang..


akmal, insaf pe?nnt aku pakai tudung..


suparjo, chokeslam? menatang hape tu? bleh bwk makan ea..

naz said...

harap kemenangan gambar u dapat kawal sedikit kemarahan u :) sabar itu mungkin akan buat dia sedar siapa tahu kan

nurul nadea said...

naz, thanx..aku menang ea? hehehe

mira ellyna said...

biadap sungguh perempuan itu.. tapelah kita doakan smoge dia diberi petunjuk dan berubah,

nurul nadea said...

mira, aminn~

emezul said...

makin melamau seh.. sape yg kantoikan tuh.. g anto kat bapak die balik je la.. gile la dak cmtu da xleh kawal g da pon.. hurm...

nurul nadea said...

die da lari rumah pon..hmm.