Monday, July 12, 2010

nak nikon D300 or D700?

kejadian da lama berlalu. tetiba teringat balik dan rasa nak kongsi. tapi penceritaan ditapis sedikit sebab kemungkinan besar akan dibaca oleh si dia. biarla aku namakan dia sebagai Tengku Joe.



dia call aku atas alasan bisnes. pasal fotografi and editing. aku pegi jumpa. discuss. minum-minum pastu makan-makan. lepas tu balik. takde ape yang berlaku.

hari berganti dan dia call aku lagi. jumpa kat Melaka Sental. aku parking sana, lepas tu dia ajak naek kete sama-sama sebab senang sekali jalan. aku tak pikir pape pon. then terus je pegi. tapi bukan aku sorang. pegi dengan member aku.

berhenti kat kedai kekmera. dia mintak tolong aku pilihkan. dia banyak duit. mase tu nikon d300 baru keluar. D700 takde stok plak. aku terang kat dia pasal DSLR ni. lepas dah survey harga. balik. tapi bukan pegi terus balik rumah. kena hangkut aku balik ke melaka sentral sebab nak hamek kete aku balik. tetiba aku seram bila dia kata:

tengku joe, " tak payah la ambil kereta kancil you tu. i belikan you kereta nak?"

aku ingat dia buat lawak bodo beruk babun bontot merah. aku pon berseloroh la balik, " haha..kereta Vios boleh?"

tengku Joe, " boleh. no hal. bila you nak?"

senyap. aku malas nak layan lawak biol macam ni. dia kenal aku melalui seorang kawan. aku pon tahu sket-sket dari seorang kawan.

"i serious ni. you nak bile?"

gila gaban. dia ni nak belikan aku kereta betol-betol ke? dahla baya-baya bapak aku je. ada anak plak tu. tak ingat bini ke?

aku berseloroh je balik. cakap kereta kancil aku tu lagi hot dari kereta vios. haha..

lepas tu hari-hari dok mesej aku. call mampos la aku tak jawab. tipu kalau aku tak jawab. aku jawab yang tang bisnes je. tang personal aku cakap ade hal ke nak berak ke hape kan.

Tiba-tiba...BUAT-BUAT TERKEZUT BERUK!
terserempak dengan dia kat mall. dia ajak aku pegi kedai kekmera. takkan aku nak tolak mentah-mentah kan sebab kebetolan pulak aku nak pergi ke kedai yang sama. dem. malang sungguh. anak dia ada sekali pulak..kecil je..darjah 2.

dia OFFER benda yang aku takkan dapat kat mana-mana mahupon kat boipren sendiri.
yang ini (nikon d300) atau..
nikon d700?
complete set dengan speedlite and battery grip lagi and manfrotto lagi...nak ke tak? haha..

dulu bila member-member seperjuangan tanya nak suami yang macamana. aku selalu sangat nak yang kaya raya. biar la tua krepot nak mampos, asalkan kaya. gila bab. tapi sekarang bila dah ade depan mata macam itu, aku tak berdaya nak menerima. biarla boipren aku tak abes blaja and tak keje lagi. asalkan aku cinta. nak suami yang aku cintai. tiba-tiba jiwang karat. (dengar tu dear. lepas ni sila belanja i mekdi)

tang kekmera tu, memang la idaman hati dua-dua DSLR tu tapi nanti kalau dia minta aku jadi bini dia macamana. dahla anak-anak dia tanya tengku joe tu nak panggil aku kakak ke mummy?. nak pengsan sekejap.

owh, tang kekmera mana satu yang dia nak belikan tu, aku tolak dengan cara baik. gila babun orang kedai tu dah bukak resit. tinggal bayar je. aku cakap aku nak pi beli sendiri. haha..

then, terus LOST CONTACT. bisnes haram takde.avxhgdvfvgfbeyuh

kalau aku terima kan..aku cakap KALAU ok. mesti aku dah jadi permaisuri nadea shopaholic. wakkaka.

pengajaran, jangan terima suami orang atau kacau suami orang atau kepada lelaki, jangan nak buat pe'el macam ni. sayangi anak bini anda dan aku sayang cinta aku. heh, abaikan pasal kejiwangan aku.

contoh jantan kaya. gambar hiasan~


pee/ass : papehal, deal dengan PA aku. naseb bek PA aku jantan. kalo kena ngorat pon dengan bapok-bapok je tak heran ;-p

peeee/assss : ada PA jangan kau ingat aku shooter hebat plak. tak hebat langsung and jangan tertipu.

p/p/s : komenlah aku bodoh ke hape sebab tak terima offer tengku joe tu. aku tak kesah. suke lagi ade kot. tak komen pon takpe.

6 comments:

Khai said...

haha...giler ah.....we can buy the dslr..but we cannot buy the true love....gud job nad....viva la nadea...wakaka :D

Ida Sazarina said...

wah nikon..
nana kalo ade pon, blom tentu pandai guna~ :P

Unknown said...

giler seram seyh! hohoho
tapi klu skrg terjadi apa u buat ea?
d3s kot? heheh

nerdy nadea said...

khai,ni yg buat aku makin sayang kat ko nih...ayat ko memang style..haha..


nanajoe, kalau ade, boleh explore. takpon auto mode kan ade..hihi


atahsaat, jgn kata D3s, satu kedai aku boleh dapat kot..siap ade cawangan ..haha..

amie said...

haha! nice giler citer nih..
well,,
5*.,
kekekeke..
:)

nerdy nadea said...

hoho..thanx amie..