Tuesday, July 20, 2010

salah tafsir

kadang-kadang aku tak paham kenapa bila aku hantar sms berbunyi:

"ko kat mana ni? lama da tunggu"

orang akan mentafsirkan macam aku hantar sms dengan nada maki-maki. lain la kalau aku tulis macam ni:

"ko kat mana ni sial? lama dah tunggu macam orang bodoh takde rumah s**l b***i l*%&^@!!!!!!!!"

kenapa tak boleh baca dengan nada yang elok? kenapa mesti nak baca dengan nada hangin, marah-marah, bengis atau nada-nada yang negatif.

lagi satu kalau terima nasihat daripada orang lain. cuba dengar dulu ape yang orang tu nak sampaikan. mana tahu ade betulnya. ini nak melenting je memanjang. dengar, terima, muhasabah diri sendiri. kadang-kadang kita marah sebab nasihat orang tu ade betulnya dan kita tak boleh terima kebenaran. kadang-kadang memang betul kita perlu marah.

lepas dah dengar nasihat tu, kalau tak boleh terima, ok jangan terima dan jangan ambil. kalau boleh terima, take it as a positive thing to improve yourself.

ok, dah lari topik sket. pasal salah tafsir ni bukan berlaku kat SMS je. tapi dalam status FB, penulisan blog, surat / e-mail dan cakap-cakap orang (hear-say). memang la cara orang lain baca / tafsir lain-lain tapi tak bolehkah jangan sepanjang masa pikir negative thing?

impak kemarahan salah tafsir ni memang selalu mendatangkan pergaduhan. tapi sebelum kau marah tu, cuba pikir impak yang akan berlaku. disaster bukan.?

contohnya hubungan menantu dengan mak mertua. contoh sahaja ya. mak mertua tu beriya-iya la cakap baik-baik dengan intonasi yang baik :"rumah ni berselerak. kemas la sikit". lepas tu si menantu ni marah la sebab kena tegur. then dok mengadu kat orang yang mak mertua dia marah-marah pasal rumah tak kemas. haish. kadang-kadang orang disekeliling aku ni pun buat jugak.

so, sebelum betul-betul kau nak marah, pikir dulu betol ke kena marah ni? perlu ke marah? berfikir sebelum nak sembur ok. tapi kalau betol perlu marah, go on je.

aku terjumpa satu artikel yang agak kekaunselingan sket kat sini. (pemikiran positif)


p/s : entry ni untuk mengingatkan diri aku sendiri dan sape-sape yang baca.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
pikir sebelum FIRE..wakaka..

10 comments:

nn said...

sangat betul. lagi satu kalau guna huruf besar for sure orang ingat marah kan. padahal keypad rosak -_-

Encik Psychopath said...

sms tak jujur dgn emosi sebenar.

Khai said...

hahahha...ak ske pic yg last tu...hehee

azam baizen said...

aku pon sama gak!slalu je org misintepret msg aku.ish2

nerdy nadea said...

nn, betol3..huruf besar je mesti org akan baca nada garang / tegas..haip! hehe..


psychopath, sms kena guna bunyi gamaknya.


khai, orang len dok kata pasal lain. hang plak kata pasal gambar. lame x shoot. ni babysitter punya kes la nih.


azam, dah nasib badan..

nerdy nadea said...

ces..psychopath = frank lampard ghupanya..

mazru said...

singgah jugak..

nice blog.

Fatima said...

haha funny picture! :p

Anonymous said...

kita kadang2 payah jugak nak nilai perasaan org lain.

nerdy nadea said...

jimi, ya..entry ni juga untuk peringatan kpd diri sendiri.