Thursday, July 29, 2010

tips simpan lense DSLR cara murahan | tanpa drybox | DIY

Aku rasa semua orang dah tahu tapi buat adek-adek yang baru beli DSLR, tips ni mungkin berguna. korang simpan kamera korang kat mana? aku tak mampu nak beli drybox macam ni :

credit to shashinki.com.

sebaiknya simpan kat dalam drybox ni untuk elakkan udara lembab. bila udara lembap, kulat akan bermaharajalela bertompok-tompok kat bahagian tepi-tepi lense. tahu tak effect kalau lense berkulat? nanti gambar kau akan jadi bertompok-tompok macam kau tumpahkan milo kat atas sofa tak kalis air, pastu ade kesan stain. huh, macam tu lah gamaknya. member aku dah kena sekali. lense ade kulat. macam kulat roti kot.

cara murah simpan lense bagi orang miskin macam aku nih:

1. tutup lense ketat-ketat dengan penutup lense tuh.



2. masukkan dalam beg kain.



3. then masukkan dalam bekas tupperware kalis udara yang dah sedia diletakkan silika gel. silika gel ni ada dijual kat kedai kekmera dan kedai hardware lain. silika ni macam kat dalam bekas vitamin tuh. kaler jernih lutsinar.


kalau silika ni dah jadi kaler merah jambu, goreng dalam kuali tanpa minyak sebab itu tandanya kelembapan yang diserap sudah maksimum. senang kata, dah tak boleh nak serap kelembapan la. keringkan balik, kaler dia akan jernih balik. kalau malas nak goreng, jemur je kat tengah panas terik. jimat, recycle je. tak payah beli-beli lagi k. beli sepeket yang sekali banyak baru rm12 je.

4. siap. tutup dan simpan.



kalau kau guna lense tu hari-hari tak payah simpan la..simpan kat dalam beg kekmera je. letak la silika tu sket.


untuk kes simpan equipment banyak macam ni, guna silika hyppo yang ade gambar badak sumbu comel tu je.

gambar ni bukan aku punya. credit to encik bubba

cara lain : kat sini. mR. hoho yang bagi link.

pee/ass : ok adek-adek merangkap adek beradek kesayangan kakak nih.. WATCH & LEARN.

aku bukannya pandai sangat pon nak cakap pasal jaga-jaga barang kekmera nih. just share.

11 comments:

mR.hoho said...

hehe sama la kita...
tp ni ada nak share barang baguss jugak.
penat nak goreng2 ngan beli silica angkat ni je XD

http://shashinki.com/shop/wonderful-electronic-moisture-absorber-auto-silica-electronic-recycled-device-220g-p-2853.html

nurul nadea said...

thanx a lot mr. hoho

FaizalSulaiman said...

whoaa,,tips ko terbaik ar!

thanks share weh!

naz said...

niceeee tips

atahsaat said...

thanks kongsi :))

Im Single said...

same cara gua simpan nasi goreng dalam tupperware.

nurul nadea said...

thnx guys..


samel, nasi goreng lu kering kontang la ye..ha2..

emezul said...

haha.. ade lagi silika tu kan.. hahaha

nurul nadea said...

ha'a eme..tak tahu la manggis ade lg ke tak..wakaka..

nizamsani said...

esok baru cadang nak pergi ambik kamera.kena rm250 buang fungus.huhu.dah nak dekat harga drybox.

nurul nadea said...

oh, buang fungus kena rm250 ye..mahalnye...