Thursday, July 22, 2010

bila hobi menjadi kerja, duit yang dikejar.

dulu mase time belajar, aku tak kesah pon buat keje photoshoot free. (aku kata DULU ok). aku tak kesah sebab itu memang hobby yang dah teraddicted. setiap kali mata berkelip, aku akan pandang sesuatu itu dengan pandangan " nak guna aperture berapa ni ye" or " ni shutter speed kena under 30 ni" tak pon "wah..tak payah edit pon takpe sebab tempat tu dah cantik sangat".

aku jadi gian bila dalam sehari tak tekan shutter release button (butang snap kemera). kalau takde model, self portrait menjadi mangsa. aku tak suka hamek gambar pemandangan ke hape. suka ambil gambar muka. muka binatang pon ok. (bukan mukabuku).

 self potraiter pantang nampak cermin

tapi sekarang bila alam "student" dah berakhir, aku jadi macam "money hunter" plak. keje dapatkan job (walaupon tak lebat macam korang-korang dan korang) nak bagi duit kat mak abah, topup, minyak, desire++. PTPTN mane de lagi. mana de lagi duit allowance dari mak abah atas tiket seorang "student". hehe.

macam sueannajoe cakap "bila hobi dah jadi kerja, otomatik benda tu akan jadi boring." skang aku boring sangat buat photoshoot atas sebab nak income. tapi tak pernah boring bila sesuatu yang aku buat tu bukan kerja. tapi sampai bila hobi nak menjadi hobi semata-mata kan. memang bodoh kalau tak ambil peluang yang ada. jadi memang kena selarikan hobi dengan kerja dengan niat nak improve. memang la aku tak boleh nak samakan diri aku macam sueannajoe tapi alang-alang minat dah sama.

lagi satu harga pakej. aku tak boleh nak ambil rendah-rendah sangat sebab nanti mengganggu market photographer yang betol-betol kerja full time nya as a photographer. ah, kadang-kadang aku murahkan gak sebab nak fight harga. nak hidup..nak duit.

aku bukan full time pon. i'll get my real job soon tapi setakat mana la hidup makan gaji ni kan. tengok contoh terdekat, parents aku. sueannajoe pon walaupon dah ade studio, tapi nak bayar bil segala..semua DUIT. nak bagi anak senang. aku belum kawen, so aku tak pernah nak rancang apa-ape yang serius untuk bakal anak, inshaAllah. tapi ade la pikir-pikirkan sket-sket. nak sambung belajar, tuntutan kewangan takde.

eh, macam dah menyimpang je dari tajuk asal. at the end semua pasal DUIT. tak kerja, takde duit. jadi untuk elakkan boring, kena la selalu " i love my job..i love my job" hehe.(sambil terus tukar balik tajuk entry)



p/s : bila baca balik entry ni, macam bukan blog response je.ok boleh abaikan.

8 comments:

Brader Black said...

Ini zaman duit beb.
Takde duit, mana nak hidup.

Kadang-kadang,
kena berpegang pada doktrin Machiavelli gak,
the end justifies the means.

Semua duit punya pasal.

cHreT sungguh, kan?




err, aku saje lepak sini jap.

nerdy nadea said...

doktrin Machiavelli? oit..kompleks sungguh pemikiran ko.

hmm, duit buat aku pening nak mati. kalaulah dunia tak perlu duit..haha..kompom semua org x keje dan x wujudlah kedai2 ke servis hape2..haha.



err, lepaklah lagi. sumpah aku tak kesah.

hamzah ian said...

lor.. keje kene la enjoy kan.. btw, gambar ko cun ah..

Anonymous said...

duit bukan segala galanya...
tp segala galanya memerlukan duit.. :D

my recent post:
CAFE WORLD BUAT ANDA BERUBAH??

rozect said...

Cantiknya awak ambik gambar.. dah ada kemahiran yang camni memang diperlukan di sekolah. Kalau "kerja" di sekolah, kompeng jadi camerawoman utk semua event di sekolah...dan "maybe" just for free!
p/s: Bayar atau tidak, janji puas hati..kan??

Khai said...

without money we die.... say MONEY HUNTER..

wakaka :P

nerdy nadea said...

khai..hari-hari aku takde duit..patutkah aku mati?wakaka

nerdy nadea said...

hamzah,
kak rozect, thanx ^_^