Saturday, July 10, 2010

17 again


bila bukak HBO je, mesti cerita ni berkumandang. aku ada 6 orang adek, 6 kali la nak kena ulang bila salah sorang mesti belum tengok dan nak tengok dan mula berebut remote dengan aku yang nak tengok moviestar ni.

17 again. korang dah over 17 kan..kalau ade yang senkolah lagi tu, mintak mahaplah..entry ni untuk orang tua yang dah melalui usia 17 sahaja ok. haha..tua la sangat. baru 22.

kalau diberi peluang kan, korang nak tak jadi 17 again? aku tak nak. tak tahulah kalau jawapan aku akan berubah bila dah kerepot nanti. tapi tengok cerita ni banyak kali kan, buat aku terbukak balik album-album yang dah berabok zaman sekolah dulu. zaman umur 17.

amaran : entry ini panjang. sila sediakan kerusi empuk berbantal supaya bontot tak kematu dan lebam.

(aku yg belah kanan itu)

in skool uniform..rindu giler uniform sengkolah ni. rindu je. takde maknanya nak selongkar balik almari cari baju sekolah nak pakai balik. hmm, mungkin pakai waktu outdoor shoot bile kawen nanti..hihi..*gatal*

dulu aku sekolah berasrama kat MGHS atau STPM. MGHS = malacca girl high school. tak pernah dengar? memang la tak femes. kat melaka ni yang femes high skool lelaki je. yang itu MHS. Malacca High School. aku masuk sekolah berasarama ni baru aku rase jadi orang sket kot. tapi boring takde lelaki. bertumbuk bergusti tarik-tarik tudung pon dengan perempuan je.

cerita perihal sekolah rendah dulu.

dulu sekolah rendah aku jahat. bukan. nakal sket. melepak kat mahkota parade, bergaduh kat sekolah agama sampai kena tendang kat perut (jaga kau aswad. aku ingat sampai bila2), tipu mak cakap ada extra class padahal merayau sampai lebeh 20 kilometer dari rumah dengan naek beskal burok (time tu aku ade clique sendiri. grup ACR. awek corner racing. pergi mane-mane naik beskal. bajet hot), lagi mencuri kat supermarket..curi pen silver, liquid paper, color..aku kan suka benda art. takde duit, kipnap ler..

pagi-pagi pegi sekolah bangun pukul 7. lepas tu pergi rumah aireen stay sampai 7.30 pg tuk copy keje sekolah yang tak siap. kul 7.35 baru terkedek-kedek kayuh beskal pegi sekolah. perhimpunan tak pernah pon attend. menyorok dalam kelas sampai perhimpunan bersurai. haha..rindunya saat itu aireen..tapi aku bersyukur upsr aku dapat 4a 1b. english la kantoi. dem.

sekolah tengah menengah.

tapi itu dulu. masuk boarding skool, terus jadi skema. terus rabun dan terpakse pakai spek. terus blajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi designer la kononnya. last-last form 4 amek sains tulen. belajar bedah katak segala. tapi pagi-pagi pergi sekolah selalu kena saman dengan prefect sebab aku kalau pakai tudung, tak reti aku nak pakai skaf kepala. rase macam terkongkong telinga and kepala. kena saman tulis nama je. hape la sangat. tak pernah kena panggil dengan guru disiplin pon.haha..boo~

mase sekolah rambot macam tomboi tapi hati lembut macam sumi jeli. lawa tak meja aku kat bilik prep? penuh poster britney spears. gambar pakai tudung tu semua pergi rombongan sekolah.

time jamuan raya kat sekolah. baju kurung ni still aku pakai sampai sekarang. aku yang sebelah kiri.


kat sekolah selalu kena paksa masuk pertandingan lukis potret menteri la, lukis poster kelab sains, poster kemerdekaan..ntah hape lagi tah. aku tak ingat. tapi menangnya...ade la 2 kali jadi juara. haha..the rest setakat tempat ketiga ngan saguhati je. lepas tu kena design locker asrama punya cover. penat tahu asyik disuruh itu ini. tapi takpe, pengalaman. mana lagi nak dapat. lupa nak tayang piala yang da berkarat berkulat.

tapi yang ini bukan aku design. senior buat. aku design time aku dah senior ar. aku time ni form 2. comot? mase tu zaman tak kenal lip ice, mascara eyeshadow eye liner segala.


dari atas, form 1, form 3 and form 5. aku? kau cari la sendiri. ramai dah kawen beranak pinak dah. aku jangan ditanya bila kalau takde rm 30 ribu dalam tangan. ;-p

class of 2004. tak pernah reunion officially pon tapi ada la jumpe time raya.

ok, sekian sahaja zaman sekolah aku. kalau ada peluang untuk kembali ke zaman sekolah, aku tamo. penat struggle tuk SPM. tak daya nak menelaah pelajaran hesvy macam tu lagi. kalau aku kembali tuk betolkan kesilapan, aku takkan belajar apa-apa tanpa kesilapan.

habis bace? hebat. tepuk untuk diri sendiri.

12 comments:

Fuz said...

RM 30,000?..huh, byk2.

nerdy nadea said...

ala, buat kenduri kawen ntah2 tak cukop..

azam baizen said...

britney spears?ME TOO ! Haha

Chybee said...

i ada baju kurung biru bunga2 masa u duduk kt tangga tu!! exactly the same!! hahahaha

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

woo....tak terkata..haha

Khai said...

wow.......

ak rse mcm bce entry blogger yg berumur 30 taun...wakakakaka

:P

Anonymous said...

lawa sis ms high school :P

nn said...

ni mesti memang kreatif gila ni. hebat2!! sampai menang2 uh.

btw, tak nak balik 17 tahun. nanti kena amek SPM lagi. tak mau!!

petisuara said...

aku xsgp nk tgk muke2 aku dulu2..kurus gile..nampak idung aku je!haha

Encik Psychopath said...

dulu tak cantik pon. skrg pergh. susuk eh ?

nerdy nadea said...

azam baizen, skang da tak bpe nak minat si britney tuh..huhu


chybee, waa..sme la taste kita..;-)


azizee, nk kate pe ? haha


khai, nk kata aku tua la tu..baru sweet 22 ok..bulan 8 masuk 23.


anifa, jgn tertipu dgn kekaburan gambar tu..comot giler mase senkolah..


nn, x hebat pon. ade budak cina lagi terer melukis kalahkan aku..dem. haha..


yana, aku lagi tak sanggup nak menatap wajah hitam aku lepas PLKN.. ;-D


frank, siut ar ko..skang pon tak cantik juga maa..pakai susuk plastik. pakai bedak 8 lapis cantik la kat gambar..haha. jgn tertipu. nnt ko kecewa jumpe aku fes tu fes.

din said...

erkk, yg sek ren tu lau mencuri kene ganti balik cik nadia... :)