hai. nama saya karrim. tapi orang semua panggil saya kassim sebab diorang pelat R. saya tak kesah pon. saya kerja sebagai mekanik. selalu je terselit kat bawah kereta.
status saya masih single. takde awek lagi. tengok orang lain ada awek, saya pun teringin nak ada awek. tapi nak cari awek kat mana? kawan sejenis saya kata cari kat bus stop. tak pon bus stand. sebab dia kata kat sana banyak stok awek-awek dari kampong berhijrah ke bandar.
saya pon pergi la usha-usha awek dengan ayat gula. lepas tu saya tersangkut kat sorang minah ni. lawa sebab pakai skirt pink. saya pon try mengurat.
yes! akhirnya saya dapat couple dengan awek tu. nama dia kirrana. karrim ♥ kirrana.
kami pun dating macam couple-couple yang lain. tapi setelah berdating dating dan dating, kami terlanjur. saya yang ajak kirrana pergi ke motel satu jam rm20. kami tak sengaja terlanjur. saya sayang sangat-sangat kepada kirrana.
beberapa minggu selepas tu, kirrana disahkan mengandung. sape yang sahkan pun saya tak tahu. lalu membawa kirrana ke klinik untuk check up.
kami pun berbincang. buntu. 'buntut arr'. kirrana ajak kawen tapi saya ni duit pon tak pernah nak simpan. sebab akaun bank takde. kami sama-sama takde duit. untuk mengelakkan malu, saya pun suruh kirrana menggugurkan kandungannya. pada mulanya kirrana refuse. takut katanya. saya kata jangan takut. kita sama-sama mengharunginya.
saya dan kirrana melakukan abortion di sebuah klinik cina swasta. dengan rm700. duit tu bukan duit kami. duit tu hasil pinjaman dari kawan-kawan yang baru dapat ptptn.
selepas menggugurkan janin yang tidak bersalah itu, saya pun tanam dia dibawah pokok. sebelum tu, sempat saya mendoakan agar anak saya memaafkan saya dan awek saya.
sesudah menguburkan anak saya, awek saya pula pergi meniggalkan saya di dunia ini kerana kehilangan banyak darah akibat daripada menggugurkan anak dengan sengaja. saya sedih + meraung + sebal. saya tak tahu awek saya sempat bertaubat atau tidak. saya tak berada disisinya semasa dia menghembuskan nafas terakhir. saya sedihhhhh..
kini, kedua-dua mereka dah mati. sayalah punca kematian mereka. kematian mereka menjadi kes polis. saya ditangkap dan dipenjara serta disoal-siasat. saya bersalah.
kini, saya sedang menunggu hukuman dijatuhkan. saya insaf + menyesal. kepada korang semua, janganlah ikut perangai aku. aku terlanjur kerana nafsu.
'baby, maafkan papa..'
' kirrana, maafkan saya'.
p/s : kisah diatas merupakan kisah benar dimana kawan aku sendiri yang mengalaminya. sama-sama kita ambil ikhtibar ok.
pee/ass : huh, penat amek gambar patung sana sini. hehehe
19 comments:
seriously nad? (sukahati je nk panggil nad kan. xpe ke?)
harap2 ada la yang insaf and jadikan iktibar.
semangat buat teddy2 lagi. cute!
yup..oh, ok what panggil nad..rase mcm dah kamceng..huhu..
n yes it is true..
walaupun ni cerita sedih + pengajaran ianya amat sweet bila bear tu jd model..
hahaaha..
eyza, nak tunjuk muka sebenar takut mengaibkan kawan sendiri..better tunjukkan bear je..;-)
wuuu. wuuu.
kes sama terjadi ke atas kucink saya.
dasar (kucing) jantan tak guna.
walaupun mcm buku cita kanak2.
tp ada pengajaran.
wat lg bnyk2.
boleh wat buku lak pasni.he
sedihnya .okay ,kena jaga diri .minta dijauhkan lah dari macam ni .
nice one nadea.. comey tp perlu dijadikan sempadan... :)
pehhh..carrre la.aku suka!
psychopath, giler arr kucin jantan ko pandai tanam anak ye..
pete, buat buku? hoho..xde sape nak pi beli..kat blog banyak..
hachereennor'ain, amin~
bee, yang comey tu la bahaya..jantan comey ayat bergula..
hazwan, la..ko pon penah tanam mayat kan..mayat juan alejandro..hahaha
jadikan iktibar.jgn buat ikot nafsu ar. nice blog weh.aku folo:)
ok faizal..ikut nafsu jangan.haha..thanx a lot..
analogi yang mantap!! I like..
me.. student IPG KSAH..huhu.. x nampak shoutbox kamu dear,,
shoutbox kat tepi kanan je ni..thanx amira..
huhu..sape la tu kan
hope sagat die tu betobat kan nad..
hurm...
dia da tobat tamo buat lagi....
sgt suke teddy ni..comel..kamu kreatif amat..saya follow awak!
teddy memang comel tapi perangai orang yang betol2 buat benda haram ni tak comel langsung kan..
so sad kan dgr kisah mcm ni happen among us?huhu.
thx for kongsi cita mcm ni:)
hehe
well, i love the pics lagi.:)tee hee.
Post a Comment