Saturday, July 3, 2010

blog bodoh annoying?

terbaca satu blog yang mengatakan mengenai blog handalan dan blog bodoh. Apa itu blog bodoh? nak kata bahawa blogger itu bodohkah? blog bodoh itu annoying kah? dan blog handalan itu adalah blogger yang handal yang pandai membuat entry sehingga beratus-ratus beribu-ribu orang menjadi follower?

blog adalah medan penulisan yang kau boleh pilih sama ada nak membacanya atau pon tidak. kalau blog itu bodoh, mengapa kau masih membacanya?

dan blog, medan penulisan yang tertakluk kepada penulisnya. suka hati dia la nak tulis ape asalkan tidak melampaui batasan undang-undang dan agama. mengapa harus dilabelkan sebagai blog itu bodoh? blog itu kacau kau makan kah? atau kacau kau mase berak?

aku agak emo dengan apa yang ditulis oleh blogger itu. maaf, aku tak dapat nak link kan siapa orang itu sebab itu akan mengaibkannya. kata-kata dia buat aku terpikir yang blog aku bodohkah?

kalau rasa blog aku blog bodoh, aku tak paksa kau untuk membacanya. aku gembira dengan kehidupan blog aku. blog aku tak kacau orang. blog aku, sukati aku.


p/s : yang baca dan sokong blog ini, aku berterima kasih banyak-banyak. andai ada kritikan atau komen atau kutukan yang membina atau pun tidak, aku amat mengalu-alukan.

ok, emo-emo nanti cepat tua :-p

6 comments:

halEEm said...

haha..
tua ber kedut..
tuh pendapat dia kott..

Chybee said...

memang kadang2 ada orang suarakan pendapat dia keras sikit. guna bahasa kurang sedap. xpela. jangan layan. keep blogging. Love to read yours :)

Unknown said...

kadang2 kita akan berjumpa macam2 org.. sbar je la

my recent post:
jom belajar bahasa jawa

nerdy nadea said...

haleem, chybee n zairie, ..xper la..da kurang emo bace komen korang nih..heeehe..tengs^_^

Anonymous said...

haha..jgn emo2 nanti cepat tuee yee..tapi dlm gambar tu...tua2 pn tetap nampak come..hehe

nerdy nadea said...

anifa, nanti da tua kite jumpe..20yers.com ni temberang je..haha